Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doctor mcm ne nk tau susu ibu cukup dan byk sbb kdg2 sy pam 1 breast dpt 1.5 - 2oz (usually 50ml). adakah pengeluaran susu secara pam n direct berbeza? adakah susu yg dibekukan akn berubah rasa n khasiat? sebab ank sy tidak gemar minum susu yg dibekukan tetapi bila susu fresh baru pam dia minum ok

Baca lagi
3y ago

Hi, 1) direct biasanye baby boleh keluarkan lebih banyak susu compared to pump. Asalkan berat badan baby naik, wet diapers cukup, then baby cukup susu 2)susu beku rasanya akan lain, Macam metallic taste so that’s why some babies reject. Puan boleh Cuba mix dgn fresh milk and offer baby. Next time Puan terus freeze selepas pump, then rasa dia kurang metallic taste. Metallic taste tu sebab enzyme reaction.