Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak sy tak nak direct-feeding. Mcm2 cara ajar dia tetap taknak. Jadinya sy pum utk bg anak susu, sekali pam mmg boleh dpt 10-12 oz. Bila 3 minggu berpantang, sy kene bengkak susu sampai demam. Susu terus drop. Mcm mana cara sy nak pam lagi bnykkn susu tp tak bg anak dieect feeding?

3y ago

Hi, Kalau Puan nak pump untuk lebihkan susu boleh. Kerapkan pump 2-3 jam sekali. Power pumping. Try 1-2 minggu. Bila puan demam, breast pun “Tak sihat” so susu akan drop tapi bila Puan dah baik, kerapkan pump untuk signal body Puan nak lebihkan susu.