Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi doc. saya ada masalah kurang air susu badan. baby baru lahir, dia menyusu sampai 3 jam tak puas² lagi. saya terpaksa beli susu formula untuk cover air susu badan yg tak cukup. sekarang anak dah nak masuk sebulan, saya masih beri susu badan dan susu formula secara selang seli. macam mana caranya saya boleh banyakkan susu badan ya? saya nak stop susu formula. tapi bila pam tak dapat sampai 1oz. dah beri susu badan setiap malam, tapi masih tak cukup.

Baca lagi
1y ago

Hi Puan, Puan kena latch on demand. Bilamasa puan bagi formula, Puan pump. Biar badan faham yang Puan still nak susu. Lebih banyak kali Puan kosongkan breast, lagi cepat badan faham untuk lebihkan susu. Ini ialah step pertama dan paling penting. Demand and supply. Then Puan minum air 2-3 Liter/sehari, try power pumping, positive mindset, try milk producing food Macam oats, nuts, fish, spinach, Milo, fennel seed etc