Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras

Hi Ibu-ibu di TAP! Saya tahu ramai di antara anda yang keliru dengan cara untuk banyakkan susu badan. Ada juga yang tidak pasti sama ada nak “direct-feeding” ataupun “exclusive-pumping” kan? Selain itu, ada juga yang ingin tahu bahawa antara kedua-dua ni mana lebih elok? Atau perlu buat kedua-duanya sekali? Terutamanya kepada yang baru menjadi ibu, rasa sedih apabila susu-drop walaupun dah cuba macam-macam cara. Ibu - ibu sekalian, teknik penyusuan susu ibu amat penting untuk kita pelajari supaya kita tidak mudah putus asa. Jika anda ingin tahu cara untuk banyakkan susu badan dan adakah lebih elok untuk “direct-feeding” atau “exclusive-pumping”, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanyakan semua persoalan anda bersama Ms. Simranjit Kaur, International Board of Certified Lactation Consultant (IBCLC) dari Pantai Hospital Cheras pada 14 Disember 2022, hari Rabu. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Ms Simranjit Kaur, Pantai Hospital Cheras
37 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi, weekdays (waktu bekerja) saya akan pam dlm 2-3 jam sekali, weekend atau cuti sy direct feeding sahaja. Tetapi, pada hari pertama bekerja selepas weekend atau cuti, bila sy pam akan dpt sedikit shj. hari kedua dan seterusnya lebih byk. so soalan sy, mana lebih bagus dari segi pengeluaran susu, direct feed atau pam?

Baca lagi
2y ago

Direct feed of course ade advantage compared to pumping Sebab ia follow demand baby and badan pun faham antibody, vitamin ape yang baby perlu and will produce accordingly.