Amazfit GTS 2 Mini For Parents!

Hi Ibu Bapa di TAP! Kami ada pertandingan yang sangat menarik untuk anda! 1 Pemenang bertuah bakal memenangi hadiah GTS 2 Mini dari Amazfit bernilai RM329 . Menarikkan? Beritahu kami mengapa anda ingin menang Produk Amazfit GTS 2 Mini? Komen yang paling best akan mendapat Produk Amazfit GTS 2 Mini! So jangan lepaskan peluang anda! Jom masuk pertandingan di sini: https://community.theasianparent.com/contest/amazfit-gts-2-mini-for-parents/1553?lng=my

Amazfit GTS 2 Mini For Parents!
93 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Saya ingin sangat memenangi Amazfit GTS 2 Mini Kerana ia merupakan jam pintar (smartwatch) yang memiliki reka bentuk persegi yang nipis, stabil dan ringan dari sudut lengkung 2.5D yang menampilkan keterselahannya. Daripada situ, kita boleh mengetahui bahawa sudut rekaannya cukup kuat kerana menggunakan bahan aluminium alloy yang kukuh dan sangat sesuai dipakai oleh kaum wanita. Tambahan pula, Amazfit GTS 2 Mini seakan terlihat seperti Apple Watch, namun kelebihan setiap smartwatch adalah berbeza. Secara jujurnya, saya lebih menyukai struktur reka bentuk (design) GTS 2 Mini adalah disebabkan kelihatan rapi, ringan dan keseluruhannya amat memuaskan untuk dibuat penilaian. Selain itu, Amazfit GTS 2 Mini dilengkapi GPS internal sehinggakan kita tidak perlu membawa telefon bimbit saat berlari (bersukan). Yang paling penting adalah smartwatch ini bertanggungjawab atas pemantauan detak jantung kita berkelanjutan disertakan fitur SPO2 atau dikenali sebagai oksigen darah. Jadi daripada situ, Amzafit GTS 2 Mini ini dapat menampung sensor yang sama di bawah kerangkanya dengan stabil. Ia juga mempunyai 70 mode untuk aktiviti. Dari sudut daya tahan bateri, GTS 2 Mini mampu bertahan dengan lamanya. Kemungkinan boleh bertahan seminggu mengikut cara penggunaan kita. Secara keseluruhannya, Amazfit GTS 2 Mini adalah fitness watch atau smartwatch yang paling ideal bagi memulakan satu pembaharuan software di masa akan-akan datang.

Baca lagi