Saya ingin sangat memenangi Amazfit GTS 2 mini kerana saya ingin menghadiahkan kepada isteri saya sempena hari jadi beliau yang bakal tiba. Baru-baru ini isteri saya telah kehilangan smartwatch kesayangan miliknya. Saya pasti Amazfit GTS 2 mini ini adalah pengganti yang paling sesuai untuknya.
Isteri saya seorang surirumah yang aktif. Seorang yang tidak duduk diam menguruskan anak-anak dan urusan rumah tangga. Beliau sentisa bergerak. Saya pasti Amazfit GTS 2 Mini akan banyak membantu untuk memantau tahap kesihatan dan kecergasan, seperti monitor degupan jantung, memantau oksigen dan tekanan darah selain menjadi fungsi jam paling asas.
Keselesaan Amazfit GTS 2 mini untuk dipakai seharian adalah memuaskan sebab ia mengunakan tali silikon yang cukup selesa tahan peluh dan air.
Apa yang paling bagus tentang Amazfit ini juga adalah ia telah ditambah dengan fungsi penjejakan kitaran untuk kesihatan wanita. Sangat sesuai untuk dipakai semua wanita yang aktif.👍
Baca lagi