Sertai Gerakan #KekuatanDariDalam Bersama Biskut Tiger dan Berpeluang Menangi Percutian Bersama Keluarga Ke Tokyo, Jepun!
Ibu ayah pasti kenal dengan biskut Tiger kan? Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 20hb November yang lalu, jenama biskut Tiger di bawah kelolaan Mondelēz telah melancarkan gerakan ‘Kekuatan Dari Dalam’. Tema #kekuatandaridalam dipilih bagi menekankan pada ibu ayah untuk melihat dari luaran, malah bagi mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan kekuatan anak-anak dari dalam bagi menghadapi masa depan! Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut dengan Mondelēz International (Malaysia, Thailand dan Singapura), Simon Crowther berkata, "Kanak-kanak yang yakin, berani dan berdaya tahan dapat mengatasi cabaran dan merebut peluang. #StrengthFromWithin menggalakkan ibu bapa di Malaysia memberikan perhatian yang sama dalam memupuk minda dan kesejahteraan emosi anak-anak mereka dengan memberi tumpuan kepada kekuatan karakter, "kata Simon Crowther, Pengurus Pemasaran Kanan, Biskut dengan Mondelēz International (Malaysia, Thailand dan Singapura). Bagi melaksanakan gerakan ini, Tiger telah bekerjasama dengan 3 ibu selebriti di Malaysia iaitu Sheahnee Iman Lee, Sharifah Aleya dan Aishah Sinclair untuk memulakan perbincangan mengenai topik itu. Antara aktiviti yang dirancang termasuk perbincangan LIVE Instagram yang digelar 'Bicara Bersama Mama' dan pemilihan Instagram untuk ibu-ibu di luar sana. Ibu ayah boleh turut serta dalam undian Instagram dengan follow akaun Instagram Aishah Sinclair (@aishahjennifer) dan ikuti perbincangan dari perspektif yang menyegarkan untuk prtkrmbangan anak-anak dalam usia dan masa ini. Selaras dengan ini, Tiger (@tigerbiscuitmy) juga menjalankan peraduan Instagram 'Kongsi Saat Kekuatan Dari Dalam Keluarga' di mana keluarga bertuah di Malaysia akan berpeluang memenangi peecutian ke Tokyo, Jepun! Selain itu, anda boleh cuba memenangi hadiah mingguan juga! Untuk mengambil bahagian, ikut langkah-langkah berikut: 1.Beli mana-mana produk Tiger 2.Kongsi saat berkualiti bersama keluarga di Instagram dan jangan lupa hashtag #KekuatanDariDalam. Mudah kan? Untuk maklumat lanjut, semak laman Facebook Tiger Malaysia. Peraduan ditutup pada 30 November, 2019.