Mana satu pilihan anda untuk anak anda?
Hi ibu ayah hebat komuniti TAP👋👨👩👧👦 Jika diberi pilihan antara dua di bawah ini, mana satu anda akan/pilih untuk anak anda?🤔 Min lebih suka taska rasanya kerana pengasuh biasanya ambil dalam kuantiti yang sedikit sahaja, kalau taska ramai dan boleh asah skill sosial anak dalam bergaul lebih lagi🥰 Tapi apa pun keputusan kita, mestilah kita mahukan yang terbaik sahaja untuk kesayangan kita kan😘

hmmmmmm saya pernah kerja taska dulu sebelum berkahwin dan ada anak. Tapi tulah apa yg saya perasan, diorg ni bg makanan kt baby 6+ dgn makanan yg bercampur dgn garam. Sbb saya pernah rasa, bubur yg diorh bg baby tu mmg sedap, mcm bubur yg kita dewasa makan. Tak blend atau cairkan mcm puri. Kekadang kesian dkt baby,bby mana tahu apa apa. parent dorg pun tak tahu apa apa abt ni. Saya masatu pun baru bekerja situ, tak berani nk bersuara apa apa. Sekejap je saya kerja situ, sbb saya rasa berdosa dgn apa yg dorg buat dkt anak2 org. Pesanan saya, parents kt luar tu kalau hantar anak taska ke pengasuh ke check la betul2 ada ke dorg ni pengesahan dalam mendidik dan menjaga anak2. Sbb yelah tak semua org yg ada ilmu betul2 dalam mendidik dan menjaga memang kesian sangat dkt baby2 tu. Kalau boleh sblum bawak anak ke taska sediakan sekali makanan utk anak kita mcm puri ke biskut khas baby kee..dan label kan nama anak, serta pesan "bagi makanan ni shj kpd anak saya,jgn bg selain makanan ini". Atleast kita usahakan, yg lain2 kita doakan Allah senantiasa pelihara anak2 kita walau di mana mereka berada -sekian bekas pekerja taska 🙂
Baca lagi


