LDR/LDM, Buntu

Hye mommies , saya first time mom and sekarang saya 5 months mengandung . Alhamdulillah , waktu 3 bulan preggy saya dapat rezeki bekerja di sektor kerajaan persekutuan dimana pekerjaan tu merupakan cita-cita saya dari dulu. Tetapi , everything change bila dpt tahu penempatan saya bekerja . Dulu , masa iv saya dimaklumkan sekiranya boleh bekerja di kawasan pedalaman atau tidak . Pada waktu itu , saya belum berkahwin dan menganggap akan jadi pengalaman saya memandangkan saya tidak pernah berjauhan dari keluarga . Tetapi , saya mendapat pekerjaan ini tengah pregnant . Masa tu , dah tak yakin and tak sanggup sebab saya sangat memerlukan suami dan saya juga berniat menjaga anak dan menyusui nya sehingga cukup umur. Atas sokongan dan semangat keluarga untuk mencuba dahulu . Saya pun terima tawaran pekerjaan tersebut . Tetapi , saya salah . Saya tak kuat . Saya down . Turun kerja tak bersemangat dan setiap jam saya menangis . Saya cuba bertanya dengan senior senior , ada peluang atau tidak untuk saya memohon pindah/transfer tempat kerja selepas saya melahirkan anak. Tetapi , jawapan yang saya terima semua mengecewakan dimana mereka menyatakan amat susah untuk mendapat peluang itu . Saya makin down . Stress and buntu . Saya tak sanggup tinggalkan anak saya nanti . Sehingga saya membuat keputusan untuk berhenti dari kerja ini walaupun baru bermula 2 minggu . Tetapi , saya buntu . Tipulah kalau saya tak rasa sayang and rugi berhenti sbb ini hasil dan usaha dan impian yang saya ingin . Sekarang , saya setiap hari rindukan suami saya dan berfikir keadaan anak selepas melahirkan . Nangis everyday selera makan pun sudah berkurang like back to trimester 1. Mommies , boleh bagi kata kata untuk saya . Jangan kecam ya . Saya hanya ingin meluah perasaan . Terima kasih semua .

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bincang dgn husband minta pandangan husband. nak pjj mental kena kuat. mcm sy lps kahwin je mmg pjj dgn husband. sy kat selangor, husband kat kuantan. 2mggu sekali je husband balik jumpa. saya masih duk menyewa rumah dr sy single lagi. sepanjang pregnancy memang saya hadap sendiri. takda decide nak berhenti kerja ikut husband sbb sy pun baru setahun dapat kerja yg sy impikan. masa tu ada gdm, kencing kotor, air ketuban tak cukup, baby tak membesar ikut usia kandungan. ulang alik kk dan hospital semua sendiri. apa masalah berkaitan pregnancy sy hadap sendiri. dah bersalin pun masih pjj

Baca lagi
3mo ago

Amin , sekarang ni yang betul support memang suami . Kalau keluarga pulak Pentingkan career saya . Tapi jaoh dari sudut hati saya . Saya lebih pentingkan kasih sayang untuk anak . Skrg ni cuba bertahan. Terima kasih ya sis ❤️