5 Balas

Bergantung pada puan. Kalau puan rasa susu terlampau banyak dan anak hisap pun breast masih rasa mcm berat, yes perlukan breastpump tu utk elak dr bengkak susu. Mcm sy jenis susu banyak. Kalau anak tak minum lepas 3-4 jam, breast jadi sakit dan keras. Kadang2 sampai leaking susu. Utk stroller tu, terpulang. Sy beli stroller pun masa anak dah umur nak masuk 3 bulan. Letak anak dlm stroller time sy nak mkn lepas tu tolak2. Senang. Kalau tak anak akan merengek je nak dukung dan tak kacau time sy nak mkn. Masa nak masak pun senang. Letak anak dlm stroller, duduk dgn kita kat dapur jadi tak risau anak duduk sorang2 sebab boleh tgk dia depan mata. Kalau dia tetido dlm stroller tu pun tak ada masalah. Ada anak jenis nak dukung je bila nak tido dan menangis bila letak tapi kalau ada stroller, boleh je jadikan mcm tempat utk kita tido kan baby. Lagi selamat dari guna buaian. Ada seatbelt jadi risiko baby nak jatuh tu kurang. Sy gunakan stroller tu 2 in 1. Dlm rumah dan luar rumah.

Hehe, antara keinginan dan keperluan ni.. jwpan sy, klu sis mmg merancg nak df anak jek, xyah beli lagi breast pump, memndgkan sis pun housewife kan.. sy dulu beli pamp susu jenis mermet tu, beli pun sbb susu jenis byk, klu mnyusu sbelah, kompom sbelah lagi akan kelur mncurah2 juga, so sy beli tu dan tekap susu tu jek, xdela picit2 or pump.. tpi klu sis mmg nk ajar botol kat bby, boleh jek beli pump tu.. sgtlah mbantu.. stroller tu trpulang sis la, sy mmg suke bwak anak jalan2 naik stroller, jadi dh tntulah sy beli siap2 stroller..hehe.. jenis xsuke dukung anak lama2, fenattt.. 😆

macam saya housewife,breastpump beli yg jenis manual silicon je,senang dan murah sgt,memang kne beli ni.beli 2. kat shoppe byk. sebab pernah beli yg elektrik sampai luka puting jadi trauma sejak tu tak guna dah . stroller beli lah,mana tau nak berjalan g mall kan senang. kalau tak beli stroller beli yg jenis beg carrier tu,tapi saya lagi suka beli stroller jenis compact boleh lipat kecik dan tak makan ruang dlm bonet. nk g klinik pon senang letak dlm stroller je. takde la penat nk dukung.hihi

untuk pam susu, boleh try guna jenis mcm ni.. boleh search cara guna yg betul.. utk stroller kalau ade keperluan baru beli, sbb nak pergi kk pun bukan boleh pakai stroller, nak keluar pun xde keluar kemana pun covid covid ni..

breastpump

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan