28 Balas
Mungkin perlu diingat bahawa setiap ibu mengandung mempunyai bentuk perut yang berbeza-beza. Ada yang mungkin mempunyai baby bump yang jelas pada 6 minggu, tetapi ada juga yang mungkin tidak begitu jelas. Ini adalah perkara normal. Perubahan pada saiz perut boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk genetik, berat badan asal, dan keadaan rahim. Jika tiada rasa sakit atau masalah lain, tidak perlu risau. Bagi yang mungkin bimbang dengan perubahan pada perut, adalah baik untuk berbincang dengan doktor atau bidan untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Selain itu, sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dan berpantau kesihatan ibu dan bayi dengan teliti. Semoga kehamilan anda akan berjalan lancar! https://invl.io/cll6sd8
6 minggu perut kecik lagi awak. Baby pun besar kacang hijo je. Kalau buncit tu sebab bloated. Ada setengah orang sampai 4-5 bulan pun takde perut lagi Saya perut nipis sebab badan kecik memang takde perut 😂 saya dah 24w baru naik sikit je macam 3 bulan. Tu pun boleh sorok lagi 😂 time raya still boleh melaram even dah 5 bulan and orang taktahu pun tengah pregnant. Doc KK saya kata takpe perut kecik asalkan baby membesar dengan baik. Semoga awak baik baik sahajaa dengan baby 🥰
6 minggu janin baru besar kacang, sis. Kalau 6 minggu nampak bump tu sebab ibu mengandung tu buncit/kembung perut/belum berak lagi. Kadang sampai 4-5 bulan pun belum nampak besar mana baby bump, itu semua ikut pada badan masing2.
😌 6 minggu mmg slim aje. Kalau yg mmg jenis berisi dah 6 bulan pun tak perasan baby bump. And nak rasa dlm perut ada baby maybe 28w ke atas. Sbb dah besar babynya
sy hari tu 30w preg pon merelax tak nampak baby bump..still blh pakai jeans harian..baju harian..spnjg preg sy naik 4kg je..skrg dh back to normal..
6 mggu tu mmg x nmpk apa, still bleh tdo meniarap 😆 klu sy 6bulan bru nmpk perut 🤭😁 sy jnis bdn kecik ja tu la org salu kata mcm x pregnant.
bby kecik lg tu xnmpk lg bby bump...sb sye berisi jd skrng 27w pon org xberapa perasan sye prgnnt sbb xnmpm bby bump sgt hehe...cuma rsa bby gerak
sy 6w tapi perut kembung..asyik nak makan...lapar je memanjang..mane la tak kembung🤣🤣
hahhaha saya 9weeks tapi kuat MKN, perut kembung serupa 3 bulan 4 bulan 😂🤣
Saya dah nak masuk 5 bulan pun kecikk je perut tak nampak sangat. Maybe bergantung juga pada bentuk badan seseorang tu.
sy 20w pun belum npk bump . dlm 29-31w bru npk,tu pn kecik je. 37w pun org kata msh npk mcm 6bulan.😂
Nurul Fatin husna