Susu badan berkurang
Harini hari ke 11 saya berpantang, saya nampak anak start tarik mulut dari puting saya then cari balik puting lepas hisap sikit dia tarik balik. Saya cuba pam susu, rupanya susu saya makin berkurang. Nak dapat setitik pun makan masa. Saya kalau boleh taknak bagi susu formula lagi. Hmmm macam mana ya ? Saya buntu ibu ibu
belajar ilmu penyusuan susu ibu awak. susu diawal kelahiran bayi xbyk. tapi mencukupi utk size perut bayi awak. awak kerap kan directfeeding baby. semasa baby directfeeding awak boleh buat breast compression. utk melancarkan pengeluaran susu badan awak. selepas baby menyusu boleh buat urutan tangan marmet selama 2minit. marmet dpt mengoptimakan pengeluaran susu badan dn dpt mengurangkan risiko terkena block duct. size corong pam awak dah betul? cara penggunaan pam awak mcm mana? adakah awak guna satu mode sahaja? penggunaan level pula mcm mcm mana? terus guna level tinggi ka?
Baca lagiawak try je bagi kerap, tiap 2jam je bagi ,inshaAllah susu ada. kalau pam mmg susu tak byk . n awak cuba follow insta noorfazila bt abdul rahman, byk dia share n bagi tips pasal bf ni.
misi saya dia ajar untuk newborn kerapkan bagi 1jam atau 1jam setengah untuk merangsangkan susu ..