Contraction tapi baby belum masuk laluan

Harini genap 37w3d. Contraction dah start kuat and kerap 2-3 minit sekali. Tapi dr kata kepala baby masih tinggi and belum masuk laluan. Saya ada history preterm contraction masa 36w3d then dah complete 3 dose dexa untuk matangkan paru paru. Haritu dr bagi discharge dengan ubat untuk kurangkan contraction then harini rasa makin kuat dan kerap. So dr decide untuk admit labour room untuk monitor contractions sebab dah 37weeks+ tapi belum ada bukaan & baby masih tinggi. Saya ada keluar lendir putih jernih macamni tadi. Takda bercampur darah apa apa. Means ada harapan ke baby akan turun & bersalin ? Baby estimate dah 3.3kg. Saya pun dah penat ulang alik admit labour room 3 kali. Anyone ada pengalaman tak contraction kerap tapi baby belum masuk laluan ? Then apa akan jadi ye kalau contraction ni tk berkurang and baby still tinggi 😭

Contraction tapi baby belum masuk laluan
10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Okey la tu sis, doc bagi tau kepala tinggi n tak masuk laluan lagi, saya brsalin hri tu, bukaan 9cm dah,tu pun nurse 2 org n doc bukakan jalan, last2 boleh doc kata kepala tinggi lagi n tak masuk laluan, mmg teran pun tak boleh, takut risau jadi apa, n msa tu doc ckp sya pun tak boleh tolong forcep ke apa, terpaksa emergncy czer. Bukan nak takutkan sis, tapi ni la jdi kat sya. btw sya induce ubat sebiji, sbb sya lst tu BP naik, n kena paksa brsalin. bersalin 39w6d🥰. Semoga dipermudahkan urusan sis bersalin, Insyallah tak da apa,

Baca lagi

nampak macam mucus plug. boleh try tengok yt vid ni, dia ada bagi tips untuk cuba bantu baby engage ke laluan dia. pernah baca sharing by Dr imelda, kalau contractions kerap sangat, dia boleh bagi injection terbutaline untuk relaxkan sikit. tapi mungkin tak sesuai untuk semua situasi, jadi boleh cuba tanya pada doktor & bincang options yg ada. kalau contractions kerap sangat tapi baby still tak engage, ada possibility baby distress nanti, tu yg mungkin doktor akan suggest untuk csec. https://youtu.be/xHtln_HLuLs?si=7DnndOof9OXFUJOb

Baca lagi
1mo ago

doa banyak2 sis. amalkan zikir nabi yunus. pasang surah maryam sambil layan contractions. deep breaths. mcm sis @aizu share tu pun betul juga. kadang baby akan engage last minute, walaupun first baby. inshaAllah semua yg terbaik untuk sis & baby ya 💜

mucus plug .. insyaAllah nnt bile dah makin menipis akan bercampur darah.ank no brp ni.kdg klau dah pernah bersalin ank seterusnya klau kepala masih tinggi masa betul nk bersalin masa tu baru bb akan turun.mcm sy ank ke 7 baru ni..kepala masih tinggi walau dah 5cm keatas.bile dah hampir cm full alhamdulillah bb bg kerjasama turun ke bawah.kdg sbb laluan masih tebal.bt senaman satukan kedua tapak kaki n rapat kan kedalam..goyang badan ke kanan Kiri depan blakang.nnt ardini delete pic kedua ye

Baca lagi
1mo ago

insyaAllah semoga Allah permudahkan urusan ardini

Sy masa contraction stiap 5minit blm masuk laluan lg sis, masa tolak labour room contraction dh start stiap 30-60saat & smpai 10cm dr dh suru push. X pasti bila kepala dh masuk laluan. Ni utk anak first. Kdg ada org hujung2 nk bersalin tu bru kepala baby turun, tp klu msih tinggi juga possibility dr suggest czer. Dorang ada cara kluarkn baby juga sis jgn rsau, as long as baby & mother sihat & selamat.

Baca lagi

sy tepat2 37w induce sbb doc susp Bby IUGR est 2kg-2.1kg...jalan buka 3cm bby msih tinggi...dsbbkn ada prev scar doc bg msuk LR terus msa 3cm tu...lepas msuk LR doc dtg pecahkn air ketuban msa 3cm tu,pas pecah auto terkeluar baby xmenahan dh..tiub kencing pn doc tk sempat psang...tepat 37w baby lahir 2.5kg

Baca lagi
1mo ago

warded 5 hari sebelum induce utk genapkn 37w..

mucus plug ni. sy masa 38w5d dah turun.bnyak Pula Tu.darah apa smua takde. mucus plug je.. direct g hospital,check bukaan takde,check ctg bby tak ok . emergency czer Trus..bby dah berak Dan Ada 2 ke 3 lilitan tli pusat kt leher . sis boleh je pergi hospital check..

Mucus plug.. Anak ketiga sy keluar tanda mcm ni..lpas keluar contraction x berhenti dan makin kerap.. esok paginya terus bersalin..

mcm sy dh 3cm, langsung tak sakit.last2 czer sbb bby semangat

Semoga Allah permudahkan segala urusan InshaAllah

VIP Member

MCM keputihan je..