Tanda bersalin ?

Harini dah 39 weeks 6 days, tapi masih tak ada tanda tanda nak bersalin. Doakan saya ye due saya esok 19/11/19. Normal ke baby first lambat dari due ?

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, tarikh EDD yang anda terima adalah tarikh jangkaan sahaja. Biasanya kehamilan pertama boleh lahir lebih lewat dari tarikh jangkaan ini. Namun terdapat juga bayi pertama yang lahir lebih awal atau tepat seperti tarikh jangkaan. Jadi anda tidak perlu merasa begitu risau. Pantau kandungan dan keadaan anda dan segera ke hospital apabila terdapat tanda-tanda mahu bersalin. Namun, jika terlalu lewat, anda boleh rujuk ke klinik terdekat untuk pendapat doktor dan tindakan seterusnya. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi