Assalamualaikum ibu semua.

Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞

22 Balas

saya sebak baca cerita sis. sy faham maksud sis and apa yg sis rasa terhadap ank nom 2 si firas. selamat hari lahir firas. moga membesar dgn sihat kuat dan ceria. inshallah firas sentiasa dalam lindungan allah. moga Allah berikan kelancaran tutur kata cerdas daya pemikiran dan cergas tubuh badan. inshallah anak soleh buat mommy daddy dia. ❤️❤️

sy faham sbb sy pun pernah kat tempat sis. sy masa lagirkan ank nom 3 jarak rapat dengan ank nom 2. tak smpai usia 2 tahun lagi ank nom2. then after bersalin nom 3 saya ibu tunggal. pernah alami sy terlampau sibuk dan banyak berfikir sampai saya lupa befday anak and bnyk la hal2 yg lupa kadang haha. tapi alhdulilah allah ni maha adil. dia bgi anak2 yg walaupun kecil2 tapi memahami tak pernah susah kan saya. saya raikan cara saya. a simple wish and nyanyi peluk2 each other pun terasa bahagia. and yes ank nom 2 saya pun speech delay. tp 4 thn sy start hantar tadika baru nampak perubahan

Sabar ya dan ikhtiar lagi. InshaAllah sis boleh hadapi dengan baik dan ada jalan yang lebih baik untuk mengatasi masalah kewangan kelak. Happy birthday Firas. Aunty doakan awak berjaya dunia akhirat, diberikan kesihatan yang unggul.

ank sy pun speech delay. dia dengar je mak dia ckp tp sebijik perkataan pun ssh nk sebut. last² saya antar umur 4 tahun ke taska. berbutir² cakap. dia nak kawan

Saya dh cuba daftar untuk tahun depan. tapi pra tempat saya xterima anak yg lahir 2020. kalau untuk 2025 nanti boleh.

hari jadi anak sy x pernah bg apa2 hadiah.. biasakan dgn yg normal sis.. ckup penghargaan, buat kad tulis tgn pun dh mamadai.. peluk anak, sambil ucap syg dan cium anak...

Ya. lepas dapat tahu befday dia semalam, saya terus peluk dia.. dia sedang tidur, saya menangis peluk dia. dia sangat perlukan perhatian saya, tapi kadang² saya ni asyik sibuk .dgn adik dia lagi .. saya banyak nak kena fikir. nak kena jaga hati org di rumah ni. saya dudok rumah mertua 10 tahun dah. saya bukan hanya fikir masalah kewangan.kdg² saya kena fikir..mcm mana lagi nak ambik hati mertua & kakak² ipar. saya stress. sampai harijadi anak saya pun saya lupa. itulah maksud saya. saya bukan sedih sebab xdapat celebrate, beli kek apa semua. tapi kenapa masa ada duit..saya nak kena fikir nak beli apa untuk org... tapi befday anak saya sendiri..saya xmampu nak beli apa²... itu yg saya rasa xberguna sangat 😞 kalau nak diluahkan lagi..panjang lagi.. tak apa lah.. saya sudah cium & peluk anak saya semalam..

Takpalah, bersangka baik terlepas pandang tarikh penting. As house wife kadang tak perasan tarikh pun kadang hari pun lupa hari apa.

Kedai 2 ringgit pun okay mainan nya..

xpa..awak kan 'terlupa'..bkn slaah awak pun.manusia ini mmg Allah dh jadikan memiliki kemampuan mengingat yg terhad..Sy fhm, rasa brsalah tu..rasa bsalah x igt bsday, rasa bsalah xbyk kualiti time dgn anak, dtambah dgn ekonomi xstabil..bnda dh berlaku, skrg yg ada masa skrg n msa kedepan..smga Allah rezekikan awak

xpe, ade rezeki lebih nant smbut blek bezday Firas..

kalau nak belikan mainan, Kedai eco jauh. nak belikn mainan kt Mr d.i.y tapi rezeki takde lagi . boleh Minta suami singgah mana2 Kedai yg mainannya berpatutan. mcm awk Kata kantin blkg rumah awk Ada jual mainan murah2.. skrg xmcm dulu.. bnyak mainan yg murah2.. sy ckp brdasarkan apa yg sis luah kt atas Tu ..banyak sbnrnya Cara untuk buat anak happy. sis punya mindset Tu yg kena tukar. tak tampal trikh penting kt peti sejuk Sbb Jenis rendah Sbb ank2 akn cabut/almari Jenis cermin kecik, kt phone boleh buat note . sy tarikh period atau apa2 yg penting smua kt phone. jgn Pula sis Kata dlm phone bnyak benda2 penting tak cukup memory,phone cpt bateri hbis apa smua.. Kita fokus skrg adalah jalan keluar dri semua kekusutan ni. mindset sis kne ubah. positive. jgn terlampau fikir meleret2. pakai depo pun tetap kne double triple protection. Sbb 99% je .bukan 100% melindungi. suami pun kne main pranan.. dan xperlu nak Jaga Hati semua org. kenapa NK jaga Hati ipar smua Tu. awk Jaga Hati awk da

Fhm sngt perasaan tu, rasa bersalah… Allahu sedihkn

Saya doakan smoga cik sentiasa dimurahkan rezeki Amin aminn.

Aamiin. Terima kasih..

it's okay awak. akan ada rezeki nanti utk anak.

🫶🏻

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan