Privacy PolicyCommunity GuidelinesSitemap HTML
Download our free app
Ibu Anak 3 ?❤️
Ada tak ibu yang nak sedekah baju tak pakai.
Salam ibu² semua. Ada tak ibu² kat sini yang nak sedekahkan baju tak pakai lagi , untuk anak perempuan umur 2 tahun , defect sikit pun takapa , asalkan tak koyak sangat , saya belum mampu dan belum ada rezeki nak beli lagi . Anak saya tak ada baju tidur , baju dia 3 4 helai sahaja , sudah lusuh , berlubang , dan xmuat . Mintak ibu sini jangan kecam saya , dan tanya keluarga mana , keluarga pilih bulu sebab adik beradik, hanya kitaorang saja kerja kuli dengan cina , yg lain semua kerja goverment , jadi layanan x sama membuatkan saya x bertegur sapa terus , sebab suami dah puas kena hina . Saya harap ibu² jangan kecam saya . 😞 saya hanya ada satu anak perempuan bongsu , saya teringin nak tengok dia pakai cantik² , baju siang pun dia banyak recycle dari abang dia . Kalau ada ibu yang sudi sedekah , semoga Allah balas kebaikan ibu dan semoga Allah permudahkan urusan ibu semua .
Assalamualaikum ibu semua.
Hari ni tersentak hati saya, lalu berderai airmata mengalir..terus memelok anak saya yg no 2. Kalau tak tengok reminder di fbook gambar² tahun lepas, rupa2nya hari ni harijadi anak saya yang kedua. Iaitu Firas. Saya terlampau penat, mental & emosi. Saya burnout..helpless..mcm² lagi perasaan yg tidak nyaman. Saya xpernah lupa harijadi dia. Saya banyak fikir, sampai xingat harini harijadi dia. Sedih tak terkata. Lagi² takda duit pulak nak celebrate walaupun hanya nak beli kek. Pahitnya saya nak telan. Genap 3 tahun, dia belom pandai bercakap seperti budak lain. Doktor kata dia ada ciri² autism. Kesian nya saya dengan dia. Hanya Allah saja tahu bagaimana rasa saya. Dia telah mengajar saya untuk kuat. Dia rasa terabai semenjak saya lahirkan adik dia. Jarak 1 tahun. Saya depo dan saya pregnantkan adik dia masa dia umur 6 bulan. Saya sangat rindu memori berduaan dengan dia. Sekarang dia dah xnak dipelok sangat. Xnak di gomol. 😞 Harini genap 3 tahun..saya & suami xmampu nk hadiahkan apa². Walaupun kami pernah berniat untuk hadiahkan dia mainan..tetapi belum ada rezeki lagi. Sampai lah hari ni..harijadi dia..rm10 saja dalam beg duit. Malam tadi dia berebut roti pulak dengan adik dia.. Sedih saya tengok dia. Saya bukan ibu yg baik. Tapi saya selalu berdoa agar dia boleh menjadi normal seperti budak² yang lain. Semoga Allah permudahkan perjalanan anakku Firas di dunia & akhirat. Semoga ada rezeki kami satu hari nanti dapat belikan hadiah untuk dia & belikan kek ataupun roti untuk dia memadai. Saya bertangisan apabila mengetahui, org lain dahulu yang wish untuk dia. Sampai sekarang perasaan serba salah saya xkan hilang. Org selalu kata kat saya, saya abaikan dia, dia kurang kasih syg. Dia perlukan support dan sebagainya. Hanya Allah saja yg tahu usaha saya & suami mengajar dia sepanjang dia speech delay & dihantar ke terapi. Mama mintak maaf, selamat hari jadi anakku Muhammad Firas. Semoga menjadi anak yg baik satu hari nanti, berbakti kepada org tua. Semoga Firas panjang umur, dikurniakan kesihatan yg walafiat. Aamiin. Sekian saja luahan saya. Saya takde tempat mengadu. Masih menangis mengenangkan saya terlupa hari ni harijadi dia. 😢😞
Salam ibu saya ada pertanyaan
Mommy semua saya nak tanya, saya selama ni cucuk depo untuk perancang. Tapi sekarang saya sudah terlepas tarikh depo selama sebulan lebih. Leka mengurus anak 3 orang. Saya terlupa akan tarikh depo saya yg seterusnya. Baru hari ni tergerak hati nak tengok kat kad perancang saya.. tarikh depo yg sepatutnya bulan 10 yang lalu. Tadi saya tergesa pergi ke klinik..sbb sebulan lebih terlepas appoiment. Esok nurse suruh saya pergi ke poli buat ujian air kencing. Jadi saya nak tahu, ada risiko untuk hamil tak? Ada mommy yg berpengalaman mcm saya. Jangan kecam saya. Saya terlampau penat mental & fizikal sampai terlupa appoiment saya tu.