bsp

hari ni sya check bsp 8am 4.9 10am 4.8 2pm 3.9 okay tak mummy yg sudh berpengalam pasal gdm ni . yg 3.9 tu sya makan nasi satu senduk +sayur +tahu tempe + apple +air putih +limau .. allhamdulilah sya kenyang jer tak rasa pening kepala atau nak pitam , sebab sya ada ca kalau 3.0 dh kira hypo kan ... tgok nanti 8pm untuk yg malam punya

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera. Berdasarkan bacaan yang anda berikan paras gula anda adalah sedikit rendah walaupun selepas makan. Bagi mereka yang menghidap diabetes, bacaan gula di bawah 3.9 adalah dikira diagnostik bagi hypoglycemia. Anda dinasihatkan untuk mengambil makanan yang seimbang dalam kuantiti yang mencukupi, makan mengikut jadual dan mengikuti arahan pengambilan ubat sekiranya ada. Berwaspada dengan gejala seperti pitam, seram sejuk dan menggigil dan sentiasa simpan stok makanan seperti gula-gula dan coklat untuk diambil ketika kecemasan. Maklumkan paras bacaan ini kepada doktor sakit puan anda ketika sesi pemeriksaan antenatal agar tindakan selanjutnya seperti penukaran dos ubat boleh dilakukan.

Baca lagi

Sis boleh mkn lebih sikit nie sis.. takut hypo..

Ok tu sis..