Sembelit

Hamil trimester ke3 ada x ibu2 sll sembelit? I minum byk gak air 2ltr sehari, tp klu mkn pisang tu blh buat i sembelit plak. Blh teran x? X teran najis dah di hujung2 nak kluar x kan biar je kot, nak teran tkt terberanak plak or pecah air ketuban ? ada saper2 nak advise?

24 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera, untuk makluman anda selain minum air, anda digalakkan untuk memperbanyak mengambil makanan yang mengandungi serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Anda juga tidak perlu terlalu risau tentang kemungkinan bersalin atau ketuban pecah ketika meneran sewaktu membuang air besar kerana sekiranya anda masih belum sampai waktu untuk bersalin, rahim anda masih mampu menahan tekanan tersebut. Namun begitu, jika terlalu kera meneran, dikhuatiri anda berisiko mendapat masalah buasir. Oleh itu, perbanyakkan makan serat dan minum air secukupnya untuk mengelakkan sembelit. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi