share pengelaman waktu lahirkan.
haii , boleh tak share pengelaman waktu nak menlahirkan start dari air ketuban. saya firts time prengnant so sebelum menlahirkan nak tau jugak macam mana hehehe sebab rasa takut 🤓
haii awakk . saya nak share jugak pengalaman saya hehe . tahun lepas , bulan 8 saya selamat lahirkan baby girl kami secara normal , berat 3.31kg . due sepatutnya , 19/8/24 tapi 9/8/24 dah keluar budaknya . masa hari kejadian , awal pagi tu saya dah start rasa perut mengeras tapi masih biasa biasa je . naik je tengahari , tetiba dah start contraction kuat . lepastu ada keluar lendir campur darah tu . timetu dah rasa ya Allah betul ke aku nak bersalin dahh ni , maklum laa anak first kann 😂 masa sebelum gerak hospital tu , ibu saya suruh makan dulu isi perut takut nanti lapar takde tenaga nak meneran kan . tapi masatu memang dah sakit sangat tak tahu nak gambarkan macam mana dah . pukul 2 lebih sampai hospital kuala pilah . sampai je , masuk pac takde daftar apa pun ckp kat situ dah keluar tanda pastu dorang suh husb tolak naik labour room . tapi sebelum tu , dorang suh husb cari parking dulu . sementara husb cari parking tu , menggelupur dah saya menahan sakit . terus saya ckp je kat yg jaga pac tu saya tak tahan sangat dah ni . pastu acik guard situ tolong tolak saya naik labour room dulu . sampai je kat labour room , ada kaunter lagi . kena daftar kat situ . kena tulis lah semua yang dia mintak . dalam menahan sakit tu terpaksa lah menulis . dengan tersalah salah tulis dah saya masa tu 😂 pastu dorang suh tukar kain sbb masatu saya masih pkai seluar nak check bukaan kan . lepastu nanti dia akan suruh rate , 1-10 berapa sakit kita . saya cakap masatu 7 tapi dorang mcm tak percaya pulak . dorang buat leweh leweh je sebabkan kita "anak first" . sakit hati jugak klau ingat balik huhu . org selalu fikir anak first je mesti lambat lagi . lepastu masuk satu bilik tu , dia akan check bukaan . doktor laki india pulak yg check bukaan saya tu , nak taknak tadah jelah 😅 dah check tu , doktor tu cakap awak dah 5-6cm ni . lepastu terus dorang tolak saya kat labour room . sampai labour room , dorang suruh tukar baju , bukak ikatan rambut semua . tapi alhamdulillah rezeki saya , yg kat labour room masatu semua perempuan yang handle . dapat katil yg betul betul depan kaunter dorang yg kat dalam labour room tu pulak tu 😂 (bukan kaunter yg daftar tadi ada kaunter lagi satu klau hosp pilah lah tempat lain tak sure) lepas dah tukar baju , dorang pasang branula , kiri kanan tangan , check ctg dan kita baring jelah menunggu full bukaan dengan sakit sakitnya tu . tak boleh nak bergerak banyak ye tengah check ctg tu , seksa sangat rasa 🥹 doktor ckp masatu contraction saya memang kuat , sampai tanya saya ada bersama suami ke haritu tp saya takde pun bersama . lepastu alhamdulillah sekali lagi tak sampai setengah jam lepas check ctg , saya dah rasa nak meneran dah . saya terus bgitahu "doktor saya dah rasa nak teran ni" . gelabah dorang masa tu check bukaan tengok dah full dah kepala baby pun dah nampak katanya . tapi belum boleh teran lagi 😅 kepala baby belum lepas tulang bontot tu kot masa tu dorang ckp tp kejap jelah tunggu cuma rasa azab jugak nak menunggu lagi sebab dah sakit kan . lepastu tak lama lepastu dah lepas tulang , dorang panggil husb masuk dan dorang get ready nak bersalinkan saya huhu . masuk tiub kencing , pecahkan ketuban lepastu 3kali teran , keluar lah seketul anggun arissa pkul 4:29petang 38w5d , huhu tapi kena gunting sebab anak first katanya 😅 pecah ketuban langsung tak sakit bagi saya lah . gunting pun takde rasa apa masa gunting tu . yang sakitnya masa nak jahit 🥹 memang terasa jarum tu cucuk kulit . time tengah jahit tu , dorang nak siap check ii baby pastu dorang bawak baby susukan dekat kita sekejap lepastu dorang bawak bersihkan baby semua . sebelum jahit tu , dorang keluar kan uri , sakit jugak ye bagi saya sebab masatu uri saya macam sangkut sikit pastu dorang kobok ii bawah tu nak bagi keluar sampai kan uri saya ragged (mcm terbelah berkeping ii sikit) lepastu anak saya masatu kena tahan wad sebab dah tertelan najis dia sikit . saya pulak , lepas dah keluar uri semua , dorang suruh kita rehat sejam kot saya masatu sambil ii tu dorang kat kaunter isi maklumat baby kita dan ada akak tu tolong buatkan air milo kat kita , baik sangat akaktu 🥹 . lepastu sebelum dia tolak kita masuk wad , dia akan seluk bawah kita tu lagi sekali sebab nak check jahitan , fuh sakit jugak ye . sampai je wad , baring jelah kita kat situ sorang sbb baby kena tahan wad , suami dengan family pun dapat tengok kejap je sebab dah nak habis waktu melawat masatu . misi bgitahu klau larat bangun masatu dah boleh jalan tengok baby tp saya tak boleh bangun masatu sebab kepala rasa berat lagi . terbaring jelah saya sehari tu , tukar baju , kencing semua akak yg buatkan milo tu tolong dekat atas katil 🥹 besok paginya , baru lah saya boleh bangun mandi . siap siap kita tengok baby ! hehe baik sangat budaknya tidur ajee masa tu sua tetek pun kejap je isap nya pastu sambung tidur . balik je tengok baby , misi kat wad bgitahu doktor pakar dtg nak check tadi tp saya dgn akak sorang tu gi tngok baby pulak huhu . pastu baring la situ tunggu pakar . dah check semua , doktor kata kita dah boleh keluar wad . baby pulak , tunggu pakar check dulu tengok macam mana . tengahari nya , husb datang bawak saya balik dulu sebab baby pakar belum check lagi . balik kejap je masatu makan kejap pastu pergi hosp balik huhu nasib hospital dalam sengah jam je dari rumah . pergi hosp balik asar macam tu , maghrib baru pakar settle check anak saya . doktor kata baby okay , takde effect apa apa sebab telan najis dia tu dan baby pun boleh keluar wad . alhamdulillah . besoknya , misi kk datang rumah check baby pastu baby ada kuning pulak huhu pergi hosp jempol pulak check kuning dan bermula lah episod check kuning dekat kk . dalam 2 ke 3 minggu je kuning anak tinggi lepastu dah turun . alhamdulillah pengalaman berharga sangat . anak dah nak masuk 5 bulan dah bulan ni . tunggu episod anak kedua pulak 2/3 tahun lepasnii huhu insya Allah 🥰 sorry panjang naw bercerita , semoga urusan bersalin awak dipermudahkan yaa , amiinnn...
Baca lagiSetiap orang tak sama pengalaman bersalin. Tahap kesakitan pon tak sama.. saya masa 1st bersalin 37weeks pecah ketuban pukul 2 pagi. Sampai hospital bukaan 1cm. Induce drip. Tunggu bukaan sampai 2 pagi baru 5cm. Pastu dah puku 9 pagi bukaan stuck 8cm. Nurse suruh try teran sebba dah lama sangat & lebih 24jam. Tp jantung baby masih okay. Teran & silap terangkat punggung. Abis koyak 2nd degree tear. Jahit banyak. Susah nak jalan. Darah menitik2 masa kat wad.. sakit teramat sangat.. dekat sebulan baru okay.. masa 2nd time bersalin pulak. Emergency czer. Semua berpunca dokto pakar kat wad salah check. Saya dah 40 weeks tak ada tanda nak bersalin jadi kena serah diri..awal pukul 8 pagi induce belon. Dah start rasa sakit. Tak lama doktor pakar datang nak check bukaan. Masalahnya belon masih di pakai dan tak jatuh lagi. Memang obviously bukaan tak banyak lagi. Tapi dia paksa nurse untuk bukak jugak belon sebab dia nak check bukaan. Bila dah check bukaan dah 5cm dia cakap. Terus dia pecahkan ketuban. Pastu proceed baru labour room. Bila masuk labour room doktor lain check dia cakap bukaan baru 3cm kepala baby jauh lagi. Kenapa dah tolak masuk bilik ni?? Sape pecah kan ketuban?? Jantung baby dah lemah sangat. Saya masih ingat semua yang doktor cakap masa tu.. Cuba la bayangkan perasaan saya masa tu. Jantung baby dah lemah. Tapi contraction dah kuat gila. Bukaan baru 3cm. Last2 doktor terpaksa proceed czer sbb risaukan baby. Saya sebak sangat sbb sye dah buat macam2 untuk normal. Tp apa kan daya. Lepas czer baru je keluar pintu bilih bedah. Saya dah rasa sakit di perut tempat belah tu. Ya Allahhh. Bagai dihiris2 perut. Sepatutnya 6 jam baru bius tu abis. Tp nasib saya tak baik. Bius cepat sangat abis. Nurse pulak terus bagi baby kat saya. Dia letak kat celah kangkang saya. Saya dah ckp saya sakit sangat sampai saya nangis2 sedu2 semua. Tapi nurse tak de rasa kesian langsung. Baby nangis terus dia suruh saya susukan. Sepatutnya dia ambil masuk bilik baby dulu. Tp ni tidak. Di bagi terus suruh susu. Saya susu baby baring. Dengan tak boleh mengiring. Menahan sakit perut baru di belah. Bila saya nangis sedu2 sebab sakit. Nurse boleh perli2 saya. Dah la tinggalkan saya dengan baby menangis kat tepi koridor. Pastu tak call kan husband saya langsung. Lepas saya keluar bilik bedah pukul 2petang. Pukul 4 petang baru saya dapat call husband. Tu pon sebab saya dah nangis2 panggil nurse saya nak pinjam phone. Doktor bagi ubat tahan sakit tp yela lambat ubat tu berkesan.. yaAllah memang seksa yea. Saya trauma sangat lepas 2nd time beranak ni. Memang dah ckp suami yg saya tak nak beranak lagi dalam masa terdekat. Mungkin 10 tahun lagi. Saya takut teramat sangat. Suami pon paham. Sebab dia tengok saya nangis2 lepas czer tu.. saya bukan nak takutkan ye. Tp tu pengalaman saya. Ada orang beranak mudah sangat. Ada orang beranak lagi teruk dari saya. Semua orang lain2 pengalaman. Tu la pengalaman paling berharga untuk kita seorang perempuan yang hebat. Ibu2 hebat.. semoga dipermudahkan urusan sis.. ❤️
Baca lagi37 weeks 3 days Pagi tu g chekcup boleh drive sendiri ke hulu ke hilir sebab tak rasa sakit pape. Ada spotting sikit. Dr check ada bukaan 1cm and air ketuban kurang. Dr suruh check in hosp malam hari yg sama. Malam tu terus g pac HSB,,bgtau air ketuban kurg and spotting sikit. Check bukaan ada la 2cm. biasa je waktu ni. xde rasa sakit. Tapi dah masuk pac. Esok lepas subuh dah makan breakfast, bukaan masih 2cm. Dr induce belon jam 8 pagi. Lps dah induce kehulu kehilir berjalan , then Dr suruh duduk wad atas sebab tgu belon jatuh 24 jam. Elok naik wad 9.40 pagi,, bru duduk baring 10 minit,,contraction pon dtg tak ingt dunia sakitnya. G toilet muntah2 mknn breakfast tadi. Menahan sakit kat wad sampai rasa xleh tahan sebab sakit sgt 😂. Terjerit pangil nurse suruh tgok. Nahhh. nurse pon cemas sebb ttbe bukaan begitu cepat dah 8cm. haha terus kalut tolak masuk Labour room. Bersalin terus pukul 1 tghri cmtu. Alhamdulillah. Selesai.
Baca lagi1st 37w5d: pergerakan baby slow dan heartbeat tak cantik. warded malam terus kena induced belon. esok pagi baru buka 2cm terus induced drip. baru sejam terus kena emergency czer sbb fetal distress. masa tu baru buka 4cm. 45min dekat dewan bedah. malam tu juga dapat baby terus kena urus sendiri. 2nd 39w5d: turun lendir+darah. malam warded esok pagi buka 7cm terus tolak ke LR. Doktor pecahkan air ketuban. sempat la sedut gas tahan sakit dulu. 10minit kemudian dah full terus teran 40minit. baby rushed masuk nicu sbb dah terberak masa tgh teran dia keluar. 3rd 37w6d: contraction bukaan 1cm. pastu air ketuban leaking kena warded 1 mlm. pagi esok kena induced ubat insert kat bawah sebab takda progress. petang tu bukaan full kat wad terus kabut kena tolak masuk lr. 4 minit teran . paling cepat 3rd baby ni 😂
Baca lagiX semua org start dri air ketuban dlu.. ada yg pecah air ketuban baru dtg contraction, ada yg kluar darah dlu bru contraction, ada yg contraction memanjng smpai LR bru terus pecah air ketuban terus lahir, tp ada juga yg bukaan dah smpai 6cm pn masih biasa je rsa contraction senggugut..ada lg org contraction smakin rapat lama pn bukaan stuck 3cm last2 emergency czer..cth2 la Kesakitan stiap org rsa mmg berbeza sbb pain tolerance org berlainan Yg penting sis tau tanda2 bersalin & practice teknik pernafasan & meneran.. 1 tips dri sy, once suda dtg contraction, jgn sesekali keraskn badan, layankn je klu keraskn bdan baby boleh jd stress dlm tu & oksigen pn x cantik nti
Baca lagianak 1st- overdue keluar egg white + mengeras.pergi hospital,bukaan 2cm..after 12H Ketuban pecah sendiri baru bersalin. No 2- 38W sehari sebelum bersalin pergi jalan² mall..5am cirit birit, solat subuh dah mild contractions..pergi hospital, bukaan dah 8cm terus ke LR.. Doc pecahkan ketuban. no3- 39w5d. subuh cirit birit..then mild contractions.. pergi hospital, bukaan 7cm.masuk tiub kencing.. bukaan penuh,doc pecahkan ketuban.. no4- 39w3d 3 am baby active sgt.. bangun solat subuh dah start mild contractions.. husband ajak g hospital..saya cakap nanti dulu tak sakit sangat lagi..sarapan dulu pukul 8 baru pergi..9 am sampai hospital, bukaan dah 6cm..doc pecahkan ketuban..10.37am bersalin..
Baca lagisaya kena tahan wad masa 34w sbb iugr atau bby kecik xmmbesar, sy juga ad gdm so genap 37w kena paksa bersalin masuk ubat, masuk ubat 7am kul 11am dh rasa sakit2 ingat biasa2 sbb first to be mom, pastu kul 1pm pecah ketuban bukaan 3cm nurse ckp kul 1am baru turun lr, kul 5pm contraction 2minit² dtg, tp saya tahan sbb nurse ckp kul 1am baru leh bersalin, nasib kakak n suami ad , kakak sy yg panggil nurse suh tgk bukaan jln, nurse cek dh 5cm terus turun lr, masuk lr dh 8cm, tgg lg tgg bukaan, rasa mcm nk berak2 tp nurse xbg berak kena tunggu lg, kul 7.26pm Alhamdulillah selamat bersalin, teran jgn buka mulut suami tolong angkt kepala, Allah permudahkan segala urusan sy.. Alhamdulillah skrg bby dh 1y 3m
Baca lagianak 1st-leaking dah 2hri br pergi hospital.kena enjet dexa lps 2 hri bersalin anak 2nd - bgn tdo...nk bgn dr baring tu trs pooppppp ketuban pecah.mandi² trs g spital.bersalin tepi koridor je sbb jln dah bukak hbs anak 3rd - overdue.sakit contraction mlm.lps mkn nasi grg blh bantai tdo lg.lpa tu mlm tu sakit n trs g spital ank no4 - bgn tdo.sakit dah.siap² trs shoot spital ank no 5 - bgn tdo sakit...trs siap² g spital ank no 6 - leaking dan mild contraction..pergi hopsital dlm tgh leaking.dahla xpakai sependa😅.masa kat PAC tggu nurse cek...dudukla lat kerusi smbil menahan sakit.skali nk bgn trs pooppp pecah ketuban.kalut nurse² semua cek² dah 8cm trs tolak LR
Baca lagi39w4d siang tu elok masak sedap2. dan kehulur ke hilir .tanda tanda nak bersalin memang tak ada.. anak pertama kan. jadi kite pikir mesti overdue.. bile waktu nak tidur tu... rase nk terkucil .. kite nye cube tahan.. last last bobos juga... terus masuk tandas n Chek. rupa nye air ketuban x berhenti mengalir n berwarna hijau. . terus sarung je apa yg patut terus ke hospital.. sampai hospital. doktor Chek. denyutan bayi kurang. nk bersalin normal tak bole..sbb lansung tak ada bukaan. last last terus czer. . sejam Lps tu baby lahir dgn selamat. Alhamdulillah semngu lagi nk masuk 8 bulan da bby boy kite...
Baca lagianak 1st just rasa sakit2 belakang, perut mengeras tp kejap2 je. kne warded then induced drip. last2 emergency czer sbb fetal distress. anak 2nd, serah diri, induced belon 24jam, sambung drip 6jam dkt LR + doc pecahkan ketuban. last2 emergency czer jgk doc xnk high risiko sbb ada previous scar + baby besar. setiap org tanda bersalin xsama. apa2 pun sis monitor je tnda bersalin cnth : - ade discharge darah - pecah ketuban - perut kerap mengeras 5-10minit, makin lama makin kerap - baby kurang gerak
Baca lagi
Mama of 4 playful magician 🪄