share pengelaman waktu lahirkan.
haii , boleh tak share pengelaman waktu nak menlahirkan start dari air ketuban. saya firts time prengnant so sebelum menlahirkan nak tau jugak macam mana hehehe sebab rasa takut 🤓

haii awakk . saya nak share jugak pengalaman saya hehe . tahun lepas , bulan 8 saya selamat lahirkan baby girl kami secara normal , berat 3.31kg . due sepatutnya , 19/8/24 tapi 9/8/24 dah keluar budaknya . masa hari kejadian , awal pagi tu saya dah start rasa perut mengeras tapi masih biasa biasa je . naik je tengahari , tetiba dah start contraction kuat . lepastu ada keluar lendir campur darah tu . timetu dah rasa ya Allah betul ke aku nak bersalin dahh ni , maklum laa anak first kann 😂 masa sebelum gerak hospital tu , ibu saya suruh makan dulu isi perut takut nanti lapar takde tenaga nak meneran kan . tapi masatu memang dah sakit sangat tak tahu nak gambarkan macam mana dah . pukul 2 lebih sampai hospital kuala pilah . sampai je , masuk pac takde daftar apa pun ckp kat situ dah keluar tanda pastu dorang suh husb tolak naik labour room . tapi sebelum tu , dorang suh husb cari parking dulu . sementara husb cari parking tu , menggelupur dah saya menahan sakit . terus saya ckp je kat yg jaga pac tu saya tak tahan sangat dah ni . pastu acik guard situ tolong tolak saya naik labour room dulu . sampai je kat labour room , ada kaunter lagi . kena daftar kat situ . kena tulis lah semua yang dia mintak . dalam menahan sakit tu terpaksa lah menulis . dengan tersalah salah tulis dah saya masa tu 😂 pastu dorang suh tukar kain sbb masatu saya masih pkai seluar nak check bukaan kan . lepastu nanti dia akan suruh rate , 1-10 berapa sakit kita . saya cakap masatu 7 tapi dorang mcm tak percaya pulak . dorang buat leweh leweh je sebabkan kita "anak first" . sakit hati jugak klau ingat balik huhu . org selalu fikir anak first je mesti lambat lagi . lepastu masuk satu bilik tu , dia akan check bukaan . doktor laki india pulak yg check bukaan saya tu , nak taknak tadah jelah 😅 dah check tu , doktor tu cakap awak dah 5-6cm ni . lepastu terus dorang tolak saya kat labour room . sampai labour room , dorang suruh tukar baju , bukak ikatan rambut semua . tapi alhamdulillah rezeki saya , yg kat labour room masatu semua perempuan yang handle . dapat katil yg betul betul depan kaunter dorang yg kat dalam labour room tu pulak tu 😂 (bukan kaunter yg daftar tadi ada kaunter lagi satu klau hosp pilah lah tempat lain tak sure) lepas dah tukar baju , dorang pasang branula , kiri kanan tangan , check ctg dan kita baring jelah menunggu full bukaan dengan sakit sakitnya tu . tak boleh nak bergerak banyak ye tengah check ctg tu , seksa sangat rasa 🥹 doktor ckp masatu contraction saya memang kuat , sampai tanya saya ada bersama suami ke haritu tp saya takde pun bersama . lepastu alhamdulillah sekali lagi tak sampai setengah jam lepas check ctg , saya dah rasa nak meneran dah . saya terus bgitahu "doktor saya dah rasa nak teran ni" . gelabah dorang masa tu check bukaan tengok dah full dah kepala baby pun dah nampak katanya . tapi belum boleh teran lagi 😅 kepala baby belum lepas tulang bontot tu kot masa tu dorang ckp tp kejap jelah tunggu cuma rasa azab jugak nak menunggu lagi sebab dah sakit kan . lepastu tak lama lepastu dah lepas tulang , dorang panggil husb masuk dan dorang get ready nak bersalinkan saya huhu . masuk tiub kencing , pecahkan ketuban lepastu 3kali teran , keluar lah seketul anggun arissa pkul 4:29petang 38w5d , huhu tapi kena gunting sebab anak first katanya 😅 pecah ketuban langsung tak sakit bagi saya lah . gunting pun takde rasa apa masa gunting tu . yang sakitnya masa nak jahit 🥹 memang terasa jarum tu cucuk kulit . time tengah jahit tu , dorang nak siap check ii baby pastu dorang bawak baby susukan dekat kita sekejap lepastu dorang bawak bersihkan baby semua . sebelum jahit tu , dorang keluar kan uri , sakit jugak ye bagi saya sebab masatu uri saya macam sangkut sikit pastu dorang kobok ii bawah tu nak bagi keluar sampai kan uri saya ragged (mcm terbelah berkeping ii sikit) lepastu anak saya masatu kena tahan wad sebab dah tertelan najis dia sikit . saya pulak , lepas dah keluar uri semua , dorang suruh kita rehat sejam kot saya masatu sambil ii tu dorang kat kaunter isi maklumat baby kita dan ada akak tu tolong buatkan air milo kat kita , baik sangat akaktu 🥹 . lepastu sebelum dia tolak kita masuk wad , dia akan seluk bawah kita tu lagi sekali sebab nak check jahitan , fuh sakit jugak ye . sampai je wad , baring jelah kita kat situ sorang sbb baby kena tahan wad , suami dengan family pun dapat tengok kejap je sebab dah nak habis waktu melawat masatu . misi bgitahu klau larat bangun masatu dah boleh jalan tengok baby tp saya tak boleh bangun masatu sebab kepala rasa berat lagi . terbaring jelah saya sehari tu , tukar baju , kencing semua akak yg buatkan milo tu tolong dekat atas katil 🥹 besok paginya , baru lah saya boleh bangun mandi . siap siap kita tengok baby ! hehe baik sangat budaknya tidur ajee masa tu sua tetek pun kejap je isap nya pastu sambung tidur . balik je tengok baby , misi kat wad bgitahu doktor pakar dtg nak check tadi tp saya dgn akak sorang tu gi tngok baby pulak huhu . pastu baring la situ tunggu pakar . dah check semua , doktor kata kita dah boleh keluar wad . baby pulak , tunggu pakar check dulu tengok macam mana . tengahari nya , husb datang bawak saya balik dulu sebab baby pakar belum check lagi . balik kejap je masatu makan kejap pastu pergi hosp balik huhu nasib hospital dalam sengah jam je dari rumah . pergi hosp balik asar macam tu , maghrib baru pakar settle check anak saya . doktor kata baby okay , takde effect apa apa sebab telan najis dia tu dan baby pun boleh keluar wad . alhamdulillah . besoknya , misi kk datang rumah check baby pastu baby ada kuning pulak huhu pergi hosp jempol pulak check kuning dan bermula lah episod check kuning dekat kk . dalam 2 ke 3 minggu je kuning anak tinggi lepastu dah turun . alhamdulillah pengalaman berharga sangat . anak dah nak masuk 5 bulan dah bulan ni . tunggu episod anak kedua pulak 2/3 tahun lepasnii huhu insya Allah 🥰 sorry panjang naw bercerita , semoga urusan bersalin awak dipermudahkan yaa , amiinnn...
Baca lagi


