SENSITIVE PHOTO : BLEEDING POOP
Hai, tadi saya dah ke klinik untuk bertanyakan doktor tentsng najis anak saya berdarah. Dalam masa 5 hari ni, dia poo 3 kali dan mesti berdarah. Doktor di klinik kata, dia tak boleh rawat sebab tak cukup kelengkapan. Esok klinik kesihatan buka, jadi baru boleh pergi. Nak pergi ke kecemasan, ni bukan kecemasan juga sebab anak aktif sahaja. Kesian pesakit yang betul-betul kecemasan, mengganggu masa pula. Jadi, ada sesiapa boleh terangkan tak kenapa najis berdarah? Dalam masa 5 hari ni, 3 hari ni sahaja dia selera makan. Air masak memang minum, sekarang dia minum susu fernleaf full cream sahaja. Cadangan seperti di packaging dia 2-3 sudu untuk 200ml air. Yelah, nak tahu juga sebelum ke KK esok. Mungkin ada ibu berpengalaman dan boleh kongsi masalah. Tak lah menggelabah sangat.