Saya🙋♀️. Induced sebab overdue 40wk5days. Sy kena 2 jenis/cara induce. Yg pertama induce tablet prostaglandin pakar masukkan vaginally. Lepas 6 jam dia masukkan lagi sekali. Kira 2 tablet lah. Dalam masa tu ade lah rasa contraction tp tak kuat sgt la, macam senggugut biasa je. Yg kedua induce foley bulb induction, pun pakar yg buat. Ni yg biasa org panggil induce belon tu. Belon ni isi air, sebesar buah plum hitam tu, diletakkan kat cervix utk bantu cervix tu buka lebih cepat. Procedure nya sangat lah senak😂, n boleh berdarah sikit dinding vagina tu. Lepas pasang belon ni, contraction rasa agak sakit jugak lah. Kena tunggu belon tu jatuh, tandanya dah bukaan 3-4cm. Ha lepas tu terus masuk labour room. Okay tu je pengalaman sy. Hehe