Bergaduh dengan suami

Hai semua…saya ingin luahkan perasaan saya. Sejak mengandung suami mmg kerap cari pasal & bergaduh dgn saya. Saya ni pulak ada panic/anxiety attack since sebelum preg. Bila something triggered saya cth: bila suami gaduh dgn saya, Memang saya akan kena panic attack tu. Saya taktahu knp suami sprt tak ingin menjaga perasaan saya waktu preg ni. Dia kalau gaduh dgn saya, dia seperti berubah menjadi org lain (keluar perkataan kasar,merendahkan saya,memerli saya,melibatkan keluarga saya) seperti saya ni bukan isteri dia. Saya hampir tak mengenali suami saya sendiri. Saya baru berkahwin, belum smpai setahun lg. Sy kesian dkt baby sbb takut terkesan perkembangan dia kalau saya nangis selalu. Ada tak di sini, sudah berkahwin lama? Boleh bgi pandagan & nasihat tentang ni? Sy rasa sgt sgt sedih skrg dan penat sbb main emosi saya…sy smpai rasa menyesal dgn perkahwinan ni sehinnga sy lupa memori bahagia brsama suami krn semuanya hanyalah kekecewaan & kesedihan. #pleasehelp #ingintahu #sharepengalaman

20 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya xdalah lama mana berkawin lagi, baru nak masuk 2 tahun, pun sedang mengandung, saya selalu ingt pesan ustazah asma harun, kita ni sebagai isteri tak boleh terlalu mengharap pada suami, kita perlu menghrap pada Allah sepnuhnya. kita minta Allah yg jagakan semuanya, kerna bergantung pada manusia akn mendtgkan kekecewaan. namun, saya paham sgt, time pregnant ni, kita sgt2 sensitif, kalau saya, saya akan skjp je negatif, lepastu, saya akan positifkan diri balik, ingat balik mcm mana susah payah nk berkawin dlu, dugaannya. allah uji istri dgn suami. itulah ujian kita sebgai seorang isteri. kita sebagai istri, jalankan je tanggungjawab mcm biasa, dan doa, doa tu senjata utama kita, kerana doa istri ni tiada hijab buat suami, jdi sentiasalah doakan suami kita yg baik². sbb biasa suami ni ade masalah, tapi susah betul nk luah pada istri, tapi dlm masa yg sama mengharap kita faham depa. complicated kan? saya doakan awak terus bersabar, kerana banyak pahala kita yg sedang membawa anak juga ni.

Baca lagi