Keguguran..
Hai semua.. sy baru shaja keguguran, doktor sarankan sy berpantang seperti pantang bersalin.. jadi sy nak tanya.. siapa ada pengalaman pantang bagi keguguran.. boleh share ? Pening sy, nk ikut tradisional, atau moden ... masing2 menyalahkan.. 😭😭

dulu masa 2/2/22 tu saya pantang macam pantang orang bersalin. tapi takde la pilis semua tu . dalam tempoh pantang tu, saya mandi pun air herba yang suam2 panas , makanan pun panas2 untuk elak masuk angin. berkain batik untuk mudah urusan nak ketoilet dsb. stokin tak dilupakan , wajib pakai untuk elak masuk angin . minyak panas sentiasa pakai . bertungku tiap hari . air pun panas2 je minum . roti dan biskut kering standby incase lapo . saya sebab time tu pantang rumah mertua, dihadkan makan 3 kali sehari sebab apa tah. tak ingat. so kalau lapar, saya akan makan biskut / roti . lepas habis pantang 2 minggu tu ( saya pantang 2 minggu sebab keguguran bawah 10minggu ) , saya gi berurut . untuk lembutkan urat saraf & naikkan peranakkan semula . pastu makan ubat untuk sembuhkan luka dalam ( tak ingat nama dia sebab ubat dari indon, ibu ayah kepada suami kakak saya indon jadi stock ubat tu sentiasa ada sebab dorang jual jamu ). after first period lepas keguguran, saya rancang for next pregnancy walaupun takut , trauma tu masih ada tapi saya percaya akan ada pelangi selepas hujan 🤗 oh lupa, lepas keguguran pertama tu, saya nonstop makan folic acid setiap hari sampailah dah masuk trimester ke dua ni 🤗 saya stop sebab saya makan obimin dah, dalam tu dah ada folic acid .
Baca lagi