Proses gugur

Hai semua. Saya skrg dalam proses gugur sebab kantung kosong dan dah 2 kali scan. Dan smlm 12w4d ada keluar darah sikit dan pergi hospital, bila check darah tk byk keluar dan bila scan bawah doc cakap saya gugur sebab kantung mengecut jadi kena siap sedia untuk gugur atau cukup masa kena d&c. Skrg ni keluar darah sikit² macam hari ke 4 5 period tu just pakai pantiliner. Nak tanya yang ada pengalaman gugur, 1. Berapa lama amek masa untuk kantung/janin keluar? 2. Berapa lama darah nifas? 3. Mengandung selepas gugur amek masa berapa lama? 4. Kena tunggu period dulu baru boleh mengandung kan? Terima kasih semua.

8 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya jawab yang saya tahu je la . darah nifas tu bergantung berapa week kita gugur, saya tak sure saya gugur masa berapa week sebab masa 9-10w camtu masih kosong saiz kantung time tu 5-6w, tambahan period tak teratur jadi tak dapat nak confirm berapa week kandungan masa gugur. tapi darah habis dalam seminggu lebih , sebab hari2 bertungku sama. saya mengandung semula after first period. kalau dah belas week better rehat dulu , boleh try again after 3month untuk rahim rehat dulu sebelum ada isi semula

Baca lagi
3y ago

thankyou share pengalaman. saya mcm sis juga. kiraan 11 mggu minggu lepas tp scan baru 7 mggu.