Pengalaman dengan Gynae anda ?

Hai semua. Saya masih belum dikurniakan rezeki zuriat, tahun lepas saya keguguran anak pertama. Sekarang saya tengah conceive melalui cara opk. Ada cycle saya jumpa waktu subur, ada jugak cycle yang saya tak jumpa waktu subur. Saya teringin nak jumpa pakar untuk tahu masalah saya, boleh sesiapa kongsikan pengalaman berjumpa dengan pakar, step step berjumpa dengan pakar dan kos untuk consult dengan pakar ? Terima kasih ?

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya dulu pergi LPPKN.. syarat perlu dah kahwin lebih setahun.. nanti mula2 dia akan ambil sejarah perkahwinan, penyakit, period dulu.. dan suruh datang telefon jika period.. sebab kena ambil darah untuk check hormon pada cd2 dan cd21.. suami akan perlu ambil darah + sampel air mani.. dlm masa yg sama dia akan bg surat rujukan dan nombor2 klinik untuk buat hsg, kena call klinik yg kita pilih pada cd1-2, akan dapat temujanji hsg pada cd10.. selain daripada tu, akan buat tvs, akan check pap smear.. selesai semua proses check ni baru akan jumpa Dr untuk tahu masalah hormon ke, tiub ke, telur ke, sperma dll.. dan lepas tu baru ditentukan kaedah rawatan serta ubat yg diperlukan.. kalau ada masalah berat badan atau merokok, Dr akan nasihat untuk gaya hidup sihat dulu beberapa bulan.. LPPKN ada subsidi untuk B40, kos IUI untuk pertama kali, RM350 kerajaan tanggung, tp ubat-ubatan tetap kena bayar sendiri.. dan kos paling besar memang pada ubat, konsultasi atau scan cuma RM10-20 sahaja.. macam saya 5x cycle rawatan, total RM6k habis.. 2x TI, 1x abandoned, 2x IUI..

Baca lagi