Macam mana nak ajar baby minum botol ya?

Hai semua. Nak tanya tips ibu² semua, macam mana sy nak ajar anak minum botol semula. Umur baby nak masuk 2 bulan. Masa dlm pantang haritu doktor suruh mixfeed dgn fm sbb jaundice tinggi and prolonged. Elok je dia minum. Lepas dah habis kuning tu sy stop bg botol and continue bf je (silap sy). Ni next month nak masuk kerja sy cuba ajar botol balik dia dh taknak. Risau pulak nk hantar pengasuh. Setakat ni sy dh try guna Avent & pigeon. Both dia xnak, sampai menangis teruk².

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya guna tips apa yang kak Syud (talksyusu) share. Saya practice 2 minggu sebelum masuk kerja. Nak share link tak boleh. Saya share nota susu kak Syud. Nanti awak follow lah @talksyusu di IG untuk gali lagi ilmu penyusuan dengan betul.

Post reply image
6d ago

Sama-sama. Jangan lupa untuk libatkan suami sekali dalam breastfeeding journey anak. Semoga breastfeeding journey awak dipermudahkan 🌹