Anak Luar Nikah.
Hai semua, jom kongsikan pendapat anda berkenaan anak luar nikah? Apakah persepsi masing-masing? #jangandibully

Post dah lama, nak respond jgk. Persepsi saya terhadap anak luar nikah, bila dia dah tau dia anak tidak sah taraf, saya akan cadangkan dia tenangkan diri. Teruskan kehidupan. Syukur kerana dia masih hidup dan dijaga oleh ibunya atau penjaga lain. Bila berkenalan dgn teman hidup, bgtau teman tu, dia dan keluarganya tu samada boleh terima dia berstatus anak tak sah taraf. Tak perlu buang masa berteman dgn org yg tak boleh terima status anak tak sah taraf. berdamping dgn org yg menghargai diri kita. Bagi wanita, bersedia untuk ke mahkamah untuk permohonan nikah melalui wali hakim. Sentiasa buat baik dgn ibu kandung samada tahu atau tidakbtahu siapa ibu kandung. Mohon pengampunan drpd Allah untuk ampuni perbuatan ibu yg terdahulu tu. Berbakti juga kepada org /institusi yg menjaga anak tak sah taraf ni. Mudahan semuanya baik belaka di dunia dan di akhirat. Cuma, bila dah faham agama, hukum hakam, ingatkan diri dan zuriat kita supaya jauhkan perkara yg boleh ke arah zina dan perkara haram yg lain. Doa banyak2. Allah Maha Mendengar.
Baca lagi




