mak mentua.

Hai, saya nak bercerita sikit. Siapa ada pengalaman macam saya. Family mentua saya baik, mak mentua saya pun baik. Cuma sejak pregnant ni saya rasa macam tak berapa nak selesa dengan mak mentua saya. Kadang waktu malam saya susah nak tidur sebab kadang diri terasa panas, perut tak selesa. Masa benda ni terjadi masa pagi raya haji, mak mentua kejut saya dengan suami untuk bangun solat subuh, saya masatu tak tidur betul pun. Hanya tidur tidur ayam. Sekali ja mak mentua saya ketuk pintu saya terus bangun. Selepas solat subuh saya mintak izin suami nak tidur sekejap sebab kepala saya berat dan pening. Suami izin kan. Dalam pukul 8 saya bangun, masatu mak mentua saya dah mula perli saya. Dia cakap macam ni “ lewat bangun, takda nak tolong masak pun “ saya pun mintak maaf dan bagitahu semalam saya tak cukup tidur sebab panas dan tak selesa. Lepastu mak mentua saya cakap “ alah ibu pun tak cukup tidur juga, panas jugak “ saya diam ja masa tu. Pastu lepas saya nak tolong mentua kat dapur, tapi sebab keadaan rumah yang sangat panas kepala saya jadi pening. Hidung saya berdarah, jadi suami je la tolong. Pastu mak mentua saya mintak saya tolong dia masak, saya cakap saya takboleh bau bahan tumis. Lepastu mak mentua saya cakap “ cuba la lawan sikit, jangan layan sangat “ saya diam je. Sejak pregnant saya memang jarang masak, sebab kadang saya tak boleh bau ayam mentah, bau bahan tumis, bawang, jadi saya tak dapat nak masak dengan kerap. Ada time saya paksa diri tapi saya pening sebab saya kadang tahan diri dari muntah. Suami pulak cakap kalau takboleh masak kami boleh makan diluar. Semalam saya dan suami pergi makan di luar, saya takpernah pun nak post ii kalau kami makan bersama, cuma semalam saya agak teruja sebab saya dapat makan di tempat kegemaran saya. Dan mak mentua saya chat saya dia kata “ kalau boleh jangan selalu sgt makan kat luar tu, masak je kat umah “ walau pun banyak kali saya cakap saya tak boleh nak masak selalu, mak mentua mesti akan suruh saya masak. Sebelum pregnant mak mentua saya okay je baik orang nya. Cuma selepas saya pregnant ni saya rasa macam tak selesa, apa saya buat semua macam takkene di mata dia. Kadang tu bila suami cakap nak balik rumah mentua, saya jadi tak sehappy dulu. Sebab bila jumpa mak mentua, soalan pertama dia akan tanya “ tak masak ke “ “ sakit sangat ke “ “ takboleh ke lawan sikit “ .

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

banyakkan bersabar & pedulikan ye sis! jangan stress stress kesian baby. saya dulu lepas kahwin duduk rumah mertua kejap. time 1st trimester teruk sangat sampai saya nangis tiap kali nak keluar bilik sebab bau tumis, bau rumah, semua la tak kena. saya muntah hijau/kuning setiap hari. dulu selalu tolong umi masak, since pregnant memang tak apatah lagi umi (mak mertua) saya tu suka goreng ikan, kari dan sambal. kalau dia tanya ok tak saya jawab je ok tapi ada la sikit selit perlian kat saya, contohnya “keluar la bilik jangan duduk je dalam tu” & “dulu umi pregnant umi masak jugak kalau tak sape nak bagi makan family” siap pakej jeling lagi. ada satu hari tu saya nak salam umi sebab lama sgt tak jumpa, keluar bilik sebab dorang ada timing keluar cthnya time makan. kalau tak dorg duk atas je. then nak salam, dia cakap depan semua “ni lah nama je duduk serumah tapi macam tak ada” sambil jeling. sentap gila!! menyesal dulu husband ajak pindah lepas kahwin, saya taknak alasan takut duk sorang. bila dah kena camtu, memang saya cari rumah sewa alhamdulillah cepat je jumpa. rezeki. bagi saya, “mentua baik mana pun takkan sama dengan mak ayah sendiri, terasa kita dengan mak ayah tak sama dengan terasa dengan family in law.” jadi cekalkan hati & pekakkan telinga ya. yang hadap semua benda kita bukan dia!

Baca lagi
2y ago

Yaa betul sis, yang hadap kitaa bukan dia😢

bertabahlah awak selagi duduk dengan mak mertua atau mak ayah sendiri , biasalah mungkin dorang da biasa kan zaman dorang tak sama dengan kita .. saya banyak kali juga lalui tapi mana yang tak elok tuh saya buang mana yang baik tuh saya ambil , anggap je la mak mertua tu seperti mak sendiri .. kena biasakan diri dengan persekitaran macam tuh , sebab kita nak jaga silahturrahim antara kita dengan keluarga belah suami .. kira oklah suami puan dia memainkan peranan kan sesetengah suami tuh dia abaikan kalau bini makan hati ka dengan mak dia ..

Baca lagi
2y ago

Baik awak

Pindah je sis, saya waktu pregnant dah plan memang tak nak jumpa langsung orang2 yg mendatangkan stress ni. Saya dah tengok biras saya tahun lepas kesian sangat kena perli2, sampai terberanak awal dia lepas balik raya dari kg. Baby premature.. Bagi saya kita mesti prioritize diri kita dan baby, sebab once kita sakit kita juga yg hadap.. Dan trust me, orang yang tak suka kita apa saja benda kita buat hatta baik pun dia akan bagi komen sinis juga..

Baca lagi

lebih baik klau pregnant dirumah ibu sendiri atau rumah awk sndri. sbb kdg mertua ni memg baik tpi tak sebaik & tak sefaham ibu kita terhadap kita. klau sya memg taklh pregnant duk umah mertua, sbb nk elakkan org ckp kita ni pemalas sedgkn kita penat, perlukan ckup rehat & byk alahan. bukan saja dibuat2. tidur memg tak lena.

Baca lagi
2y ago

itula. sedgkn mertua pun pernah mengandung kan? takkan tak fhm kot. tpi tu la klau dpt elak duduk sama, elakkan

kita sama,,sampai dia cakap kat ornag saya tidur awal pagi jam 7 8..kat orang padahal masa tu... kat bilik ja,,jam 1 ptng baru tidur...smpai jam 330 ptng,sedamng kat bilik cuci pakaian,menyepat dia mengata,,

2y ago

😌 kadang tu pernah di sama kan dengan orang orang, kata orang ni time pregnant tak teruk pun macam kita. Sedangkan lain orang lain rasa dia, tapi tulahh. Mereka tak faham. Mak ayah sendiri juga faham

cuba minta suami sis ckp kn dkt mak mertua pasal ni. mybe dia faham kott🤥

2y ago

Sudah sis. Tak jalan juga. Depan suami takde pun cakap pape. Belakang suami tu😌