Berpantang di rumah mak sendiri atau mentua ? Anak pulak macam mana ?

Salam ibu-ibu, saya tengah dilema sekarang sama ada nak berpantang di rumah mak mentua atau di rumah mak sendiri sampai habis. rumah mak mentua di muadzam shah rumah mak saya pulak di bangi. Kami duduk rumah mak ayah saya memandangkan saya & suami kahwin muda. Saya & suami student & buat masa ni saya tangguh semester sehingga bersalin pada februari tahun depan. Masalah di sini, saya bersalin di selangor dulu dan berpantang seminggu lebih di rumah mak saya sebab mak nak jaga, kemudiannya mak mentua pulak nak jaga saya sampai habis pantang. Pening saya fikir. Selain tu pulak, lepas saya habis pantang saya perlu sambung semester seperti biasa. Mak mentua saya pulak nak sangat jaga anak saya. Dari sebelum saya pregnant lagi dia dah cakap macam-macam yang kami dah cop dulu nak dia jagakan padahal saya tak pernah nak setuju apa-apa saya diam je. Kalau mak mentua yang jaga anak saya setiap minggu/bulan saya kena balik muadzam untuk hantar susu badan saya pada anak. Kami nak balik naik moto je tak bagi kena naik kereta. Minyak kereta bukan murah sekarang apatah lagi akan datang. Nak hantar pengasuh di bangi pulak mak mentua saya kata kasih sayang tak sama macam keluarga sendiri kalau pengasuh jaga. Aduhaiii stress memikirkan. Apa pendapat ibu-ibu ya ? Kami dah jumpa rumah sewa untuk kami mulakan hidup berkeluarga. Tapi tak setuju oleh mak ayah kedua belah keluarga. Mak ayah saya kata kerja yang kami ada sekarang tak tetap & mak mentua pulak kata membazir sewa rm700 3 bilik katanya baik sewa 1 bilik je. Bagi saya bukanlah membazir sebab sekarang bukan senang nak jumpa 700 3 bilik. Yang menyedihkan & memalukan saya, mak mentua saya selalu cerita pasal kami kepada orang luar & siap mintak tolong carikan rumah/bilik sewa lagi. Malu saya rasa. Maaf lah terpanjang pulak masalahnya 😂

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sis gini pandangan saya..sebelum sis belum kahwin ibu bapa adalah rumah kamu tp lepas kahwin ibu mertua dan bapa mertua adalah rumah pertama sebelum ibubapa sendiri..ikutkan adat sbb keluarga suami..tp selepas kahwin tak kira muda atau tua, perlu berdikari sendiri, perlu ada rumah sendiri tak kisah renting pun..self respect bagi suami dan diri sis, jgn dikata buruk kelak dari sanak saudara satu hari nanti...pilihlah lokasi yg mmg baik utk kamu bersama supaya routine itu senang dan jimat. Jika tempat yg kamu pilih itu berhampiran dgn ibubapamu maka blhlah minta pertolongan mereka dan berpantang disitu..pasti suami paham dah inginkan berjimat juga, biar dia yg terangkan keadaan sbg malik rumah sis pada ibubapanye, jika ibunye blh dtg duk rumah sis sewaktu berpantang maka berilah peluang pada mertua jaga dari rumah sis sendiri..bertenang dan solve it properly. Its btr to be independant selepas kahwin supaya sis dan suami sis xde terjebak dlm masalah salah paham atau kurang selesa kecewakan mana mana pihak

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah sis, saya dah makin nampak sikit-sikit jalannya. Terima kasih atas pandangan sis, semoga dimudahkan urusan sis ya 🥰🥺

VIP Member

waalaikumsalam , ermm yg sya faham laa kan .. kedua keluarga x setuju sis pindah .. tpi mak mertua mintk tlg carikan rmh/blik sewa ?😅 mcm sya , time anak no 1&2 sya still dok dgn mak abah sya .. and berpantang pon dkt rmh mak abah sya sndiri .. mak mertua ada dtg tiap minggu bagi daun2 buat mandi .. then time sblm nak bersalin anak no 3 sya dpt rmh ppr .. dok sndiri laa .. lepas bersalin anak no 3 bru mak mertua sya yg jaga tpi dkt rmh sya sndiri .. hdup dah berumahtangga , better dok sndiri .. kalau dok sndiri ,2 belah pihak blh bergilir dtg jaga .. murah sgt dah rm700 3 bilik .. tmpt sya x jmpa pon rmh sewa bawah rm1k😂 bilik je dah cecah rm600 keatas ..

Baca lagi
2y ago

Iya betul tu pemahaman sis. Terima kasih atas pandangan sis 🥰🥺