mak mentua.

Hai, saya nak bercerita sikit. Siapa ada pengalaman macam saya. Family mentua saya baik, mak mentua saya pun baik. Cuma sejak pregnant ni saya rasa macam tak berapa nak selesa dengan mak mentua saya. Kadang waktu malam saya susah nak tidur sebab kadang diri terasa panas, perut tak selesa. Masa benda ni terjadi masa pagi raya haji, mak mentua kejut saya dengan suami untuk bangun solat subuh, saya masatu tak tidur betul pun. Hanya tidur tidur ayam. Sekali ja mak mentua saya ketuk pintu saya terus bangun. Selepas solat subuh saya mintak izin suami nak tidur sekejap sebab kepala saya berat dan pening. Suami izin kan. Dalam pukul 8 saya bangun, masatu mak mentua saya dah mula perli saya. Dia cakap macam ni “ lewat bangun, takda nak tolong masak pun “ saya pun mintak maaf dan bagitahu semalam saya tak cukup tidur sebab panas dan tak selesa. Lepastu mak mentua saya cakap “ alah ibu pun tak cukup tidur juga, panas jugak “ saya diam ja masa tu. Pastu lepas saya nak tolong mentua kat dapur, tapi sebab keadaan rumah yang sangat panas kepala saya jadi pening. Hidung saya berdarah, jadi suami je la tolong. Pastu mak mentua saya mintak saya tolong dia masak, saya cakap saya takboleh bau bahan tumis. Lepastu mak mentua saya cakap “ cuba la lawan sikit, jangan layan sangat “ saya diam je. Sejak pregnant saya memang jarang masak, sebab kadang saya tak boleh bau ayam mentah, bau bahan tumis, bawang, jadi saya tak dapat nak masak dengan kerap. Ada time saya paksa diri tapi saya pening sebab saya kadang tahan diri dari muntah. Suami pulak cakap kalau takboleh masak kami boleh makan diluar. Semalam saya dan suami pergi makan di luar, saya takpernah pun nak post ii kalau kami makan bersama, cuma semalam saya agak teruja sebab saya dapat makan di tempat kegemaran saya. Dan mak mentua saya chat saya dia kata “ kalau boleh jangan selalu sgt makan kat luar tu, masak je kat umah “ walau pun banyak kali saya cakap saya tak boleh nak masak selalu, mak mentua mesti akan suruh saya masak. Sebelum pregnant mak mentua saya okay je baik orang nya. Cuma selepas saya pregnant ni saya rasa macam tak selesa, apa saya buat semua macam takkene di mata dia. Kadang tu bila suami cakap nak balik rumah mentua, saya jadi tak sehappy dulu. Sebab bila jumpa mak mentua, soalan pertama dia akan tanya “ tak masak ke “ “ sakit sangat ke “ “ takboleh ke lawan sikit “ .

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

banyakkan bersabar & pedulikan ye sis! jangan stress stress kesian baby. saya dulu lepas kahwin duduk rumah mertua kejap. time 1st trimester teruk sangat sampai saya nangis tiap kali nak keluar bilik sebab bau tumis, bau rumah, semua la tak kena. saya muntah hijau/kuning setiap hari. dulu selalu tolong umi masak, since pregnant memang tak apatah lagi umi (mak mertua) saya tu suka goreng ikan, kari dan sambal. kalau dia tanya ok tak saya jawab je ok tapi ada la sikit selit perlian kat saya, contohnya “keluar la bilik jangan duduk je dalam tu” & “dulu umi pregnant umi masak jugak kalau tak sape nak bagi makan family” siap pakej jeling lagi. ada satu hari tu saya nak salam umi sebab lama sgt tak jumpa, keluar bilik sebab dorang ada timing keluar cthnya time makan. kalau tak dorg duk atas je. then nak salam, dia cakap depan semua “ni lah nama je duduk serumah tapi macam tak ada” sambil jeling. sentap gila!! menyesal dulu husband ajak pindah lepas kahwin, saya taknak alasan takut duk sorang. bila dah kena camtu, memang saya cari rumah sewa alhamdulillah cepat je jumpa. rezeki. bagi saya, “mentua baik mana pun takkan sama dengan mak ayah sendiri, terasa kita dengan mak ayah tak sama dengan terasa dengan family in law.” jadi cekalkan hati & pekakkan telinga ya. yang hadap semua benda kita bukan dia!

Baca lagi
3y ago

Yaa betul sis, yang hadap kitaa bukan dia😢