kata kata semangat 🥲

hai , saya due lagi 4 hari , anak first so tak ada pengalaman . saya ni hari2 asyik fikir pasal bersalin sebab masih tak ada tanda2 nak bersalin perut pun masih tinggi nak buat exercise kaki pula bengkak agak teruk sampai ke betis jadi terbantut nak exercise jalan itik squat apa tu hanya mampu buat yang ringan saja . entahlah mungkin sebab terlalu fikir sampai hari-hari menangis fikir bila nak bersalin kenapa perut tak turun sebab orang asyik tegur perut still tinggi lah apa lah perut tinggi kena czer lah apa lah . sampai rasa down sangat . dalam solat pun kadang-kadang rasa sebak tu datang sampai menangis dalam solat . hm . boleh tak bagi kata kata semangat supaya tak fikir benda2 ni sebab risau nanti jadi darah tinggi pula last minit klau asyik stress hm #pleasehelp

27 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

puan ada ig? try follow ig sy share ni.. nama ignya eja_confinementhelper.. dkt highlights dia ada share ttg bersalin tenang..mana tw ia dpt mengurangkan rs sush hati puan selepas bc tips2 yg dia ajar.. alhamdulillah rmai yg share mereka brjy bersalin tenang dan kawal pernafasan semasa bersalin.. mg dpmudahkan segalanya amiin

Baca lagi
Post reply image

Tak perlu nak bnyak fikir sgt sis.. tak perlu dgr pun apa org ckp. Pengalaman yg akn dilalui tiap org berbeza. Rezeki proses persalinan tu berbeza tiap org. Sis banyakkan berdoa moga allah permudahkan segalanya. Bila sis stress, baby kat dlm pun akan stress. Nt baby sush nk bgi kerjasama. Pujuk baby mudahkan awak. Inshaallah..

Baca lagi

mommy kne kuat ok..y pertama,bila tido mlm awk kne tinggikan kaki..bengkak tu akan hilang..tu petua sy dr dulu..perut tinggi tp kalau dr ckp baby ok...so,xde masalah...y pntg baby sihat...jgn dgr ckp org,sbb dunia skrg rmai je bidang x bertauliah...y pnting kalau rasa bimbang ap,tanye dr...dr lg pakar ok..gud luck

Baca lagi

Fikir yg baik² jak sis, tak perlu kisah sangat ckp org sekeliling. Dlm fasa tinggal tunggu hari nak bersalin ni, kita x boleh fikir yg x baik yg boleh menganggu emosi diri sendiri & baby yg ada dlm kandungan. Just stay positive. Inshaallah, sampai masanya baby akan keluar jugak

Happy2 jee sis. jangan fikir sangat, in shaa Allah dipermudahkan.. enjoy je pregnancy smentara tggu due.. hari2 borakdengan bby, pujuk dy.. sye selalu cakap dgn bby, bgtau x sabar nak jumpa dy, banyakkan berdoa juga. tak kesah bersalin normal or czer, yg pntg semua selamat..

tinggi ke rendah klau nak keluar tu keluar jugak.. mulut "pakar jadian" mmg suka sembur ikut sedap tekak je.. . edd tu jangka saja. selagi baby sihat doctor akn bg tempoh seminggu lewat dari edd dibawah pantauan. tips mmg ada mcm2 tapi berkesan or tak atas izin Allah swt..

Baca lagi

jgn down mcm ni puan, berliku lagi jalan kita nak lalui ni, ingat tau anak tu ujian.. nak lahirkan ibu kena susah senang dulu, nanti sepanjang nak besarkan pun ada susah senang dia.. ni nanti bila lahir, nak susukan, nak uruskan keperluan asas, nak tidurkan, banyak lagi la

jangan fikir sngt wak, fikir yang baik ii je perut turun atau tidak tu bukan masalah ke ape, kalau awak stress baby pun ikut stress nanti.. nanti ade lah tu tanda ii yg pnting awk jngn fikir sngt ape yang orang kata awak enjoy je journey pregnant awak ya sis

Doa ibu mengandung ni sangat2 makbul, sbb saya doa permudahkan bersalin, taknak susahkan nurse doktor, dapat nurse baik2 bantu ajar & support. Memang semua Allah makbulkan. Awak kena yakin tau ☺️🤲🏻 Doa juga moga mudah jaga anak kita 🤲🏻

doa byk² mntk dpermudahkan urusan.. abaikan kate² org skeliling.. sy serah diri 38w..lg jauh nk tggu due.. tp alhamdulillah blh bsalin normal.. kne yakin kte blh bsalin normal..InsyaAllah Allah permudahkan urusan kite.. jgn stress²..doa je byk²

Baca lagi