Waalaikummussalam mommy, saya tak ada pengalaman, tapi kawan saya ada. Kawan saya bersalin secara czer (emergency czer). Melahirkan anak nya masa bulan 10 tahun 2021. Selepas czer, dia merancang secara depo (suntik). Bulan 3 tahun ni dia terlepas ambik depo, bulan 5 dia pregnant, bila dia dapat tahu dia pregnant, dia terus pergi klinik swasta berdekatan untuk check luka dalaman. Doctor cakap luka semua dah okay, elok. Tapi masih kene refer pakar, doctor bagi surat untuk pergi ke hospital, sampai di hospital. Hospital cakap agak berisiko jika dia terus kan, nampak je luka dalam macam dah elok, tapi takut bila perut membesar, luka boleh terbuka. Doctor decide untuk cuci dan gugur kan baby😢. 2 minggu lepas dia checkup hospital, dia pun terima untuk cuci baby, atas sebab faktor risiko. Apa apa pun setiap orang berlainan, mommy boleh cuba pergi klinik swasta berdekatan mintak nasihat dan pandangan. Semoga mommy kuat❣️
Yasmine Zarith Sofea