Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi doc, adakah bahaya jika bayi umr 3 bulan demam panas..adakah ssuai gna ubat supp dengan kerap. Terima kasih

5y ago

Demam biasanya disebabkan reaksi badan terhadap jangkitan kuman. Bayi yang < 6 bulan , bila demam, digalakkan untuk bawa berjumpa doktor untuk mencari punca demam. Doktor pasti juga akan menasihatkan ibubapa simptom-simptom yang lebih membimbangkan yang perlu dipantau. Kebanyakan ibubapa berpendapat yang supp ubat demam lebih efektif dibandingkan dengan ubat demam yang minum. Tetapi ubat demam minum adalah lebih efektif. Sekiranya boleh, bagikan ubat demam minum.