Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi Dr. Saya ada anak buah umur dia setahun . Dari sejak lahir dia kerap sangat dapat demam n selsema . Demam on off . Harini elok esok ttbe suhu badan panas balik . Mohon penjelasan yaa . Normal ke dia macam tu?? Punca antibodi lemah atau ada penyakit lain?? Bole Dr. bgi tips atau cara untuk atasi?? Thank you . Have a nice dayy 😘

Baca lagi
5y ago

Anak kecil yang sentiasa senang dijangkiti selsema dan demam harus dibawa berjumpa dengan doktor kanak-kanak. Ada beberapa faktor yang perlu dipantau. 1. Samada anak dijaga oleh nanny yang menjaga ramai budak dalam rumah ataupun mempunyai kakak atau abang di rumah. Anak kecil senang dijangkiti virus sebab immune system dia masih tidak matang lagi. 2. Anak mempunyai resdung - juga senang dapat selsema 3. Anak mendapat suntikan vaksin terutama Influenza vaccine Walaupun Influenza vaccine memberi perlindungan daripada penyakit Influenza, tetapi ianya juga boleh mengurangkan selsema juga. 4. Memastikan diet anak seimbang