naikkan HB

hai mummy semua, ada tips or recommend supplement tak utk naikkan HB , sy da 31 week, tapi hb still 10.9.. dah mkn zincofer 2bijik hari2.. results sama jee😭😭😭😭

14 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

saya tak makan ubat klinik bagi, makan blackmores for pregnancy. HB cantik 12 keatas… doc kata nak makan supplement tu salah satu je. sebelum ni makan obimin je… hb boleh lah kdg 11 kadang 12. skrg blackmores ngam je. siap minum air coklat lagi hari2. 😅

macam sy seminggu nk cek hb sy mkn hati ayam klu xlalu goreng je garing ratah mcm tu..lepastu mkn sayur bayam atau syuran hijau..cbe juga mnum susu kambing insyallah..sy hb cntik 13.9..sy amalkn mkn ni je sis..insyallah...hb cantik elok..

2y ago

sy minum yg sachet serbuk..nme susu tu lazzkurma

Mungkin kena tgk cara pemakanan. Sis makan dlm perut kosong. Minum dengan air oren/ makan dengan buah oren ubat iron tu. Gap kan pemakanan 1-2 jam. Kurangkan caffeine. Lebihkan vit c InshaAllah HB naik.

Sama lah kita 10.9 . Lepastu dh kne masuk iron drip 3 hari 🤣 last check baru naik 11 . Skrng kne jaga makan je bnykkan mkn buah jambu batu n sayur . Zincofer memng mkn 2 biji sehari 😂

susu HL pun okey awk , dgn pati delima . yg ni je mkn hari2. make sure mnum susu kena jarak dgn ubt . cntoh klu mnum ssu awal pgi , mkn ubt tghri. jarakan 2-3jam

Sy hb drop byk bulan haritu, tukar makan iberet folic, dari 9 skrg dh naik smpai 12 lebih. Kafein mmg kena kurangkan, klau x mmg susah hb naik.

Boleh cuba pati delima gulsan. Saya cuba dan berkesan, cuma kena jarakkan dgn susu 2jam. Sama jugak susu dgn zincofer tu, kena jarakkan 2jam.

saya haritu hb drop smpai 9, lepas tu sy tukar iron folic makan yg amway punya + vitamin c amway, skli haritu trus naik 13hb. boleh try

Makan ubat sejam sebelum makan. 2jam Lepas makan. Jangan minum susu sebelum atau selepas makan ubat. Nanti ganggu penyerapan ubat.

Puan boleh cuba makan buah jambu batu dan buah naga. Kalau ada minum kopi atau teh, cuba kurangkan limit dalam sehari

2y ago

haa buah tu da mkn, mungkin air kaffein tu la kne kurng