Najis bayi 6 bulan

Hai mommy nk tnya, normal ke najis anak sy mcm ni? Baby dh 6bulan 2mggu, dh bg makan bubur nasi. Tp sy tgk masa dia meneran tk menangis apa pun. Bila tgk najis macam ni sy tkut sembelit. #help

Najis bayi 6 bulan
9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

makanan yg awak bagi semua tu awak dah mix ke ? sebabnya semua tu carbo, kalau mix jangan mix terlalu banyak dgn bubur nasi, nanti jadi double carbo memang anak akan sembelit, sebab anak saya macam tu jugak, mudah sembelit kalau nasi terlebih mix dgn sayur yg dalam category carbo, boleh follow fb happy baby food malaysia (hbfm) ada banyak details, boleh jugak search keyword sembelit

Baca lagi

Saya anak dh 8 bln, still susu badan sepenuhnya, xde bg air masak pun, mmg najis dia kadang solid cmtu sebab saye kurang bg susu je, huhu sebok dgn kerja, so lps tau cmtu saye kerap bf dia slps time dia mkn, sebelum kerja dgn selepas kerja pun saya terus bf, xtgu dia mintak pun, asal ade free time je saya akan bf dia baru la najis dia soft balik

Baca lagi

anak sy pun 6bulan 23 hri . gini laa najis dia . tp kdg likat kdg mcmni . susu mmg dah biasa cairkan dri awal dia minum dupro . dah letak syur hijau dlm bubur dia . tp dia payah betul nk minum air masak . ramai kata kalau tak minum air masak mmg akn jd smbelit. dh ler skrg dia mmg taknk susu sgt . nk mkn jee dia . eee smpai kene paksa laa bg susu.

Baca lagi
1mo ago

takpe mommies, baby 6-7 bulan masih bergantung sepenuhnya dgn susu, air masak cuma utk bagi dia kenal rasa sahaja, and dah boleh start ajar dia minum dalam open cup atau botol straw utk tarik minat dia minum air dan belajar menyedut, boleh follow fb happy baby food malaysia (hbfm) ada banyak info

kalau dh letak carrot jgn campur labu lagi..salah satu je..nnt dia sembelit..cth bubur brokoli+carrot, bubur brokoli+labu..letak myk masak jgk 1sudu kecil..air msk mnum lebih..susu cairkan..buah kene bg jgk betik/buah naga/mangga/pear nnt dia elok

1mo ago

merah sikit je..tu pun masa awl² dia bru try buah naga..lpstu dh xnmpk merah

Anak sy pernah cmnie sbb dia mula2 makan n kenal sayur lauk2 tu..cara sy try bg banyaak sayur hijau..buah epal buat puri, n susu sy cairkan sedikit pada sukatan sebenar means bagi air dia banyak ..pastu dia akan berak elok semula…

even tak menangis tapi najis macamni memang sembelit. cari punca makanan apa yang buat dia sembelit. memang bagi bubur nasi je kan? how about susu?

1mo ago

try tukar susu formula.. takut umur dia sekarang ni dah xsesuai ngn s26... n lagi satu .. bubur nasi tu kalau boley.. blend bg halus brsama brocoli, carrot n labu tu... blend bg halus n try bg cair sikit bubur nasi tu sblum bg dkt bby... banyakkan air masak or susu

Memang dh sembelit dh tu sis. Cari punca apa makanan yg buat dia sembelit. Bagi dia minum susu lebih sikit

1mo ago

Apa yg awak bagi last beberapa hari ni? Mmg campur tu ke? Camtu kena eliminate la benda yg awk bagi tu. Try bagi benda lain. Textur makanan cuba cairkan sikit. Bykkan bg dia susu so dia hydrate. Kalau dia masih berterusan sampai ganggu aktiviti dia hari2 kena bawa jumpa doktor ya

bgi minum air msk byk sikit

Sembelit ni