boleh tak nak kemas rumah

hai mommy harap boleh bantu jawab persoalan saya. sekarang saya berada di rumah mak saya plan nak bersalin kat kg. yg ada kat rumah mak ayah adik saya. semua kerja dan bersekolah. mereka jadikan alasan penat byk kerja sampai rumah tak dpt diurus. jadi saya skrg berada kat kg dan sakit sangat mata saya tgk keadaan rumah tak kemas ni. semasa bujang dan belum preg memang saya je rajin kemas rumah. tapi saya dah ikut husband. tapi tulaa skrg nak pantang kat sini kan. bilik saya kat tingkat atas. plan nak duduk ruang tamu kalau dah bersalin supaya mudah di lawat. soalan saya boleh tak saya kemas ruang tamu? susun barang menyapu dan memop mcm tu? ada limit masa tak? sebab saya kalau buat kerja jenis struggle sampai puas hati. maaf bertanya😔 saya penat saya sedih sebenarnya sebelum saya ikut husband saya dah kemas cantik elok tersusun dah semua dirumah ni. bukan tak besar rumah mak ni saya kemas sorang tak minta upah pun ikhlas tak mengeluh. saya cuma minta dorang maintain kan bersih kemas. tu pun susah😔 serius sedih. berbuih dah mulut saya cakap kt dorang tak masuk ke akal. sakit sangat hati ni #firstbaby 35w2d

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

i pun sakit mata kalau rumah bersepah. geram je naknp setelkan semua tu. u skg ni dah 35w+ boleh je u nak kemas2 rumah. tp berpada-padalah. jangan sampai overwork. badan u tu kategori dah orang sarat dah. jangan angkat yg berat2 tau. yg mana berat tu, u bg je arahan kat diaorg suh tlg angkatkan. kalau mop tu, kalau jenis mop zaman lama tu.. yg nak kita perah2kan dalam baldi tu, sakit pinggang nanti. kalau mop moden yg just tekan2 dalam bekas, then dia spin2 tu.. ok. tak sakit pinggang sbb xyah tunduk2. yg penting, bila u rasa penat.. u rest. jangan paksa diri ya. buat sikit2 je.

Baca lagi
1y ago

kan sis. saya bukan apa malu ja nanti org datang melawat. nurse jm datang rumah tapi semak tak kemas malu lahh. btw thank you esok start kemas sikit sikit🥹

Saya kemas je tapi saya buat sikit2. Harini buat satu kerja je, esok buat dua kerja kalau larat dan mcm tu lah seterusnya. Tak boleh buat sekali gus walaupun rasa diri larat tau.. sbb nanti badan sakit2 susah pula. Kesian kat puan and baby. Kemas rumah Anggap mcm exercise and body posture masa buat kerja rumah tu betul. Mengemop saya tak cadangkan puan buat sbb memangg akan sakit pinggang 😂 saya dah rasa. Sekarang 36 weeks 5 days

Baca lagi

sama kes macam saya, rumah saya pun sangat lah bersepah, dulu saya yg jd cleaner rumah ni, jauh beza rumah saya dgn rumah family saya.. so solution saya, saya hired orang dalam 4 jam gitu untuk cleaning rumah, saya upah rm150.. Alhamdulillah dah tenang fikiran saya sekarang, masa diorang datang tu, memang saya suruh lah kemas apa yg saya sakit mata tu..

Baca lagi
1y ago

wahhh yakaa sis. tandas bersih jugak? 🥺 kita yang malu kalau org dtg melawat nanti. dorang takda perasaan takda rasa malu😓

kalau mampu buat la sikit2. harini buat sikit, esok sambung lagi. jgn angkat brg berat. kalau boleh tolak atau tarik je. tp kalau rasa tak larat panggil je org cuci rumah sis. skrg banyak cleaning servis & tak mahal pun. kalau utk kemas & cuci ruang tamu saja, bayar ikut jam. lg murah.

1y ago

ya sis buat sikit2. mcm saya harini kemas, esok vacuum, esok lagi mop. macam tu. jangan paksa buat semua sehari. kadang kita rasa larat, padahal baby dlm perut letih. haritu saya pernah sekali paksa kemas rumah sbb keluarga mertua nak dtg, last2 warded sbb dehydrate baby tak gerak. doc kata kadang mak tak penat mana tp sebenarnya baby dlm perut dah penat 😅

Kemas sekadar yg badan puan mampu buat je. X payah terlalu bersusah payah kalau dah masing2 jenis mcm tu. Nanti puan penat2 kemas, diorang akan sepahkan jugak balik, lepas tu puan nak kena kemas balik. Penatkan badan je. Lepas tu x dihargai. Dah la tgh pregnant kan. Jd x perlu beriya2.

1y ago

tulaa sis kecewa ja sorang beria ia bersihkan tp yg lain sembarana tak hirau kan kebersihan rumah. malu nanti jm datang lawat lepas bersalin tapi rumah tak kemas adui malunya ya allah🥹