susu apa yang sesuai

hai mommies, susu apa yg sesuai dan bagus diminum semasa hamil ni ya? kalau boleh taknak yg memuakkan dan affordable ☺️ boleh suggest sikit tak brand2 nye terima kasih ☺️ #ingintahu #firstmom

15 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Sy dari awal kehamilan sampai skrg 31w minum susu anmum materna perisa biasa. susu ni je sy nmpk tiada gula tambahan. Sehari sy minum sekali, sbb malam sy mkn greek yogurt. Dan minuman ni je tlg sy with my morning sickness. Kalau awak ada gdm tidak sarankan beli susu ibu mengandung. Minum fresh milk dalam kotak tu je. Yang ori ya bukan berperisa nanti naik bsp awak. Tu pun sehari segelas je cukup sebab susu mmg ada gula natural sendiri. Jgn lah beli susu calla whatever tu. Nurse sy pun ckp tidak bgus utk gdm. Kalau nak susu tepung juga, boleh try Fernleaf full cream. Yg full cream je ya. Fernleaf susu lain ada gula tambahan. Kalau takde masalah gdm, sehari boleh minum 2 kali utk source of calcium. Lagipun susu fernleaf ni senang cari di kedai dan supermarket. Awak cuba dulu pek 900g tu. Harga range dalam RM20+. Kalau sesuai boleh beli pek besar dah. Bagi sy jimat sbb susu tepung lagi tahan lama berbanding susu kotak. semoga komen sy bermanfaat.

Baca lagi

klu ada gdm @ kencing manis elakkan pengambilan susu ibu mengandung. ini yg Dr klinik swasta bagitahu saya masa awal mengandung. Dr sarankan minum susu fresh contoh mcm HL tapi yg original bukan berperisa. tapi tak semua la susu ibu mengandung ada kandungan gula tinggi, certain shj. saya minum susu HL, karihome mama & susu kambing hi goat. karihome mama tu jarang² sebabnya kdg rasa pahit sikit hujung lidah 😅

Baca lagi

Susu kotak ke tepung ke boleh je awak. Tapi kalau macam saya, saya minum Similac Mom. Dia rasa vanilla. Manis sikit. Tapi boleh je awak kurangkan rasa manis tu, macam kurangkan scoop dia masa buat tu. Saya perasan hb saya naik la jugak bila start minum susu tu sebagai tambahan. Apa apa pun try dulu mana ii yang kena dengan tekak awak tau:)

Baca lagi

Sis sebenarnya kalau xda apa keperluan utk minum susu kan masa preggy ni xpyh mnum pun xpa.. just kita mkn mnum yg ada nutrisi saja. Kalau kes org jenis muntah, kurang mkn ke apa baru topup dgn mnum susu.. sbb mostly susu ni byk gula la.. takut sangkut gdm pulak..

mana2 yg boleh awak minum. mcm sy xminum susu utk both pregnancy sy sbb tekak xley terima😅. kalau minum pon cuma susu hl kotak atau fullcream. tu pon jarang minum. sy byk makan buah buahan, kekacang, sayur sayuran.

mcm sya mnum susu callamilk..susu kambing tp ada perisa,coklathazelnut,macchiato,caramel,strwberry..mmg sedap..hb sya maintain ja smpai skrg dh 39week..klw awk nk tw lg awk boleh try google dlu susu tu

Ada GDM tak? Kalau tak de, Anmum Chocolate mmg sedap, tp agak manis. Kalau ada, Similac Mom bagus sbb tak manis sgt. Harga 30 lebih, boleh tahan sebulan cam tu kalau minum sehari sekali.

Sy pun first mommy. Sy minum susu Efferty Mama since awal² bila dah tau pregnant. So far serasi dgn sy dan ia tak muak. Ada 2 flavour, coklat & strawberry. Tp sy suka strawberry.

minum susu vanilla flavour tak manis, mcm i minum susu anmum pagi, ptg i ambil pil kalsium utk tambahan 🥰 act kalau tak minum susu pon takpe at least amek pil kalsium.

Frisomum Gold. alhamdulillah HB saya maintain because this susu. masa 1st pregnancy, HB seriau. alhamdulillah 2nd nie much better