detail scan
hai mommies, saya nak tanya dengan mommies yg ada pengalaman sama macam saya, baru baru ni saya buat detail scan di klinik swasta, semua part Alhamdulillah okay cuma ada satu berita yg kurang baik bagi saya bila doktor bagitau part kepala baby mengenai cecair dalam kepala. belah kanan 5.6mm, belah kiri 9.38mm. doktor bagitau saya cecair dalam kepala baby tidak boleh melebihi 10mm, tapi result dari cecair belah kiri 9.38mm tu sangat hampir dengan 10mm. ada tak mommies yg lalui pengalaman yg sama? atau ada yg dah melahirkan? adakah baby okay normal & sihat sahaja? atau refer pada pakar? doktor yg scan saya bagitau dia akan call or ws balik untuk confirmkan pasal scan dibahagiqn kepala tu. saya sedih & risau sangat sekarang. hopefully ada mommies yg boleh share story dengan saya. saya berharap moga semuanya baik baik saja, saya ada tanya pada kawan kawan yg berpengalaman, tapi mereka tiada jawapan sebab baby mereka semuanya okay masa detail scan 😭 moga mommies semua dapat menjawab keresahan hati saya ni 😞 #firstmom #pleasehelp #ingintahu