Baby 6b19h

Hai mommies, saya nak tanya ada tak baby mommies yg macam baby saya, and apa yg mommies buat. First week makan, saya ada bagi bubur + carrot + evoo, baby ok je. Masuk second week saya dah start campur protein. Lepas dah pass ayam, saya campur bubur + carrot + ayam, pon anak ok. Tapi beberapa hari lepas, saya ada buat bubur + carrot + bayam + ayam, petang tu dia macam susah nak berak, esoknya saya buat mashed potato + pumpkin. Pon dia meneran² nak berak and najis dia tak keras tapi agak pekat. Keesokkan lagi, saya buat bubur + ikan + baby corn, masih lagi dia meneran² macam susah berak and najis pekat jugak. Sayur yg saya dah start mix tu semua saya dah test and dia pass takde allergic. Tiba² bila mix carrot and bayam, potato + pumpkin, dia jadi macam ni. Boleh bagi pendapat. Maaf saya first time mom.

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Awak kena seimbang kan meal anak. Carbohydrate + protein + fibre + fat. Berdasarkan menu yang awak bagi, ada double carbs. Double carbs boleh jadi punca anak sembelit. Bubur (carbo) + carrot (carbo) = Double carbs Potato (carbo) + pumpkin (carbo) = Double carbs Kalau awak nak bagi mashed potato, boleh olah bahannya. Instead of mashed potato+pumpkin. Awak buat mashed potato+ayam+bayam, contoh. Jangan lupa bagi anak makan buah juga. Buah yang sesuai untuk baby sembelit - Pear - papaya - prune - dragonfruit Saya cadangkan awak follow FB happybabyfoodmalaysia untuk info lanjut soal pemakanan baby😊

Baca lagi