Muntah susu

Hai mommies, nak tanya ada tak pengalaman bagi susu badan baby muntah balik? Kesian kat anak, dah bagi susu , dia muntah balik. Then lapar lagi, bagi susu , muntah lagi. Saya buntu. Tanya doktor , doktor kata normal. Hm .. Nak buat macam mana ya? Kena tukar susu fm ke? Kalau fm , jenama apa okeyy ya? Baby saya nb lagi

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya pun ada masalah yg sama macam puan . Eloknya lepas feeding tu puan bagi dia sendawa dulu , mmg mengambil masa yg lama untuk dia sendawa , kene bersabar . Kadang tu 30min baru nak sendawa . Lepas dah sendawa boleh baringkan dia . Kalau susu badan awak cukup untuk kasi dia tak perlu rasanya beli fm . Sbb susu ibu banyak khasiat . Melainkan susu awak tak cukup boleh la bagi fm .

Baca lagi

Lps susukan baby bg dia tegak dulu, mksd sy jgn terus baring kan bg mcm kita pangku dia duduk sikit. Jgn tekan perut dia juga. Sbb gag reflex dia lemah lg jd sng termuntah. Bila anak dah relax try sendawakan baru bg dia baring. Anak sy dlu susu bdn pun mmg susu muntah susu muntah tp cukup bulan montel je.

Baca lagi

Baby minum susu apa sekarang ni? Kalau fully susu badan, sebab overfeeding.