16 Balas
Bahaya sis… Sebab masih dalam pantang Takut turun darah sebab stay 1 tempat terlalu lama sambil pegang baby… Jangan pk kan emosi sendiri pk kan diri awak sama awak kena sihat kena kuat untuk baby membesar sama2 dengan awak… Apa yang jadi anggap Allah uji awak dalam bulan puasa ni… mungkin suami betul2 tak mampu… kalau awak balik jugak tanpa kebenaran suami dah jadi 1 hal pulak nanti… Banyak bersabar… ya saya tahu cakap senang tapi awak luan disini untuk kami sama2 support awak n baby awak… dalam pantang memang emosi mudah terganggu… Pk kan kesihatan awak kalau jadi apa2 pada awak baby awak macamana… Pk kan baby sama… jangan libatkan baby dalam kemelut emosi awak… Awak rehat… relax dirumah mil awak… bukak surah hari2 awak dengar itu ja insyaAllah hati tenang… Kalau nak balik jugak2 mintak family awak p ambik awak… takkan la mak awak sanggup nak biar awak balik naik bas dengan baby dalam berpantang… Kena pk habis2… Kalau jadi apa2 sepanjang perjalanan kita dah nyusahkan driver bus n orang sekeliling… Awak kuat Allah sayang sebab tu Allah uji… Awak kuat sangat2… Awak berpantang elok2 rehat jaga baby… layan suami elok2 insyaAllah suatu hari nanti awak akan dapat reward yang baik orang sekeliling… Percaya pada aturan Allah… Allah sentiasa ada dengan awak….
Banyakkan bersabar, doa & istighfar. Sy faham, dalam keadaan kita emo, penat, kita fikir nak buat mcm2, rasa nk memberontak. Sy faham.. tenang.. jgn buat keputusan terburu buru.. apa kata tanya family sis minta dtg ambil? Tak payah naik bas. Since sis ckp family ajak balik. Minta mak sis call sendiri suami, cakap elok2.. nanti suami ckp membelakangi dia pula, lagi banyak gaduh nanti. Kita nak tenang2 je. Lepas tu, sis pujuk & cakap elok2 dgn suami, jgn mula dgn tuduhan atau muka masam.. kita perempuan & isteri, mmg kena banyak sabar.. and betul komen sis Farah ni, takut risiko baby.. asap kereta, baby meragam, nak tahan sakit czer, nk angkat beg lagi.. cuba berbincang slow2 lagi dgn husband.. doa bnyk2 dia lembut hati
bagi sy better dengar ckp suami.. wajib atas isteri mendengar ckp suami..lgpun Masih dlm pantang.. risiko utk ibu & anak mcm2 blh kena.. si ibu risau berlaku tumpah darah.. anak takut menangis lah.. tmbh pula bersalin czer.. jgn main2 ya dgn badan waktu berpantang.. jaga betul2.. tmbh pula czer lg lah lmbt Baik luka dlm tu.. jaga badan betul².. nt ada rezeki badan dh sihat blk lah.. sbg isteri tlnglah faham suami.. klau dia kata X mampu mmng dia X mampu lh tu.. bkn dia X syg.. jgn fikir bkn2 pd suami.. kasihani lh juga suami.. jgn fikir diri sendiri je..
Awak, kalau suami tak izin balik tak boleh ye, sbb suami awak takde buat perkara yg mudharat pada awak, cuma emosi awak sgt lah terganggu skrg, nnt apa2 jadi saya takut awak yg merana, derhaka pun ye, nusyuz pun ye, Nauzubillah.. Melain kan awak pujuk suami awak utk izinkan awak balik dan ahli keluarga awak yg dtg ambil awak, bukan awak balik sorg2 dgn baby, dalam pantang lagi, dengan luka czer yang belum sembuh sepenuhnya, BIG NO ye sis, saya tak setuju. kami semua sayang awak dan baby awak, jd jangan ambil keputusan terburu-buru.
baik dgr ckp suami puan dulu ye. baru berpantang 34 hari. risau ada apa2 jadi kat puan. faham keadaan puan, emosi sikit. melainkan ada family jemput puan atau mghantar. jadi mak2 ni kena kuat dan bersabar. fikir dulu sal diri puan dan baby. pengalaman sy dulu, dari rumah sy nak pergi rumah family ambil masa sejam lebih.. tngan rasa lenguh.. baby baru sebulan lebih.. masa tu, xde rezeki nak beli carseat. balik pun sbb ada hal kecemasan. tapi penat taw. ni kan lagi puan masih dalam berpantang, lepastu nak naik bus..
rasanya baik dgr ckp suami dlm keadaan puan masih bpantang dan czer..2-3jam bukan masa yg sekejap utk mmy yg baru lps bedah or dlm bpantang.. n lg2x nb aircond bas sejuk bkn mcm kt rumah blh ejas😅.. mohon bertenang doa byk2x.. byk2x dgr zikir..kdg2x dlm keadaan kita kotor ni jiwa selalu kacau..jgn smpi meroyan puan.. mcm2x blh jd silap hri bulan luka jahit blh terbuka.. nauzubillahiminzaliq mohon bersabar tarik nafas dlm2x moga dipermudahkan segala urusan puan
hi, sy just nak share pengalaman sy naik bas lh.. from ganu to selangor.. mse awl2 naik bas, sy dh detect ada bau taik baby.. n bila sy perhati,ad sorang akak ni bwk anak selang bbrp kerusi dr sy.. anak dh xselesa.. sis kan tau dlm bas pakai aircond..semerbak bau dlm bas..bas plak jenis nk bhnti kt rnr tertntu aje.. agak pening ye bau dlm bas mcm tu .. so sis kne fikir jgk penumpang lain.. klu sis rse boleh, phtu driver bas plak boleh jer bhnti, terpulang sis lh ..
Stress macam mana pun akan stress lagi sebab takde yg membantu dlm bas nnt. Susah, sy dapat bayangkan dgn org ramai lagi, aircond sejuk dlm bas, sis pun czer. Dah okay ke jahitan? Pantang czer lg susah nak baik kan? Kalau nak balik sgt, mintak bincang elok2 dgn suami and pihak keluarga sis kot ada abg atau adik yg boleh fetch you from your place. Suami sis mmg betul tak mampu tu, bukan tak sayang sis. Apa2 mmg kena fikir anak dulu, kesian baby.
Tak digalakkan sebab baby baru sebulan & awak pun masih belum habis pantang, czer pulak tu. Saya sebab active sgt lah luka saya basah balik time hari last saya pantang & kena warning utk rest, kalau tak luka tu terbuka balik. Padahal sebelum tu dah 2x doctor check ckp luka dah kering elok. Let say pada hari kejadian luka awak terbuka balik & awak sakit ya amat mcm mana awak nk buat? Kalau dah sakit tak larat dah awak nk dukung baby tu
sy dr kg balik rumah naik kereta dgn husband bertiga perjalanan lebih 3jam 2kali berhenti susu & tukar pampers. naik bas takde kemudahan tu. if anak meragam ganggu org lain, if kena timing anak 💩 kerap bas tak larat nk layan berhenti selalu. nk tukar atas bas tak hormat penumpang lain. kecuali la kalau nak mula perjalanan dah announce siap2 minta kebenaran semua penumpang yg ada, if dorang semua tk kesah then ok la