Pengalaman mengidam

Hai ibu2,ada yg nak share pengalaman mengidam semasa pregnant tak?Just sharing with each others🥰

42 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

masa nak 1st.. nak makan nasi lemak. hari2 i masak je kat rumah tp then malam tu i akan ajak asben p kat satu kedai ni, p makan nasi lemak. hinggakan my asben dah bosan. siap buat limit.. seminggu 2x je maximum. dan bila dia bawak i.. dia just minum air je. i sorang yg melantak nasi lemak dengan hepinya. masa anak 2nd, i xde apa2 ngidam cuma i suka sangat makan kerang. my asben pulak rajin bebeno beli kerang siap tolong bukakkan utk i. keluar baby, umur sehari leher dah tegak dah. hehe. anak 3rd, i suka mi goreng mamak dan fresh oren mamak. ada laa satu kedai mamak tu je yg i nak. kedai lain xnak. pernah satu ketika jam 3 pagi i kejut my asben suh p belikan fresh oren yg kedai tu buat. sebenarnya i dah tahan dari jam 2 pagi tu. tp nak tido tetap tak boleh juga. terbayang2 sedapnya air fresh oren tu.. lalu ikut tekak. terpaksa kejut gak asben. dengan membebelnya, dia p beli 2 terus. kedai tu dekat je ngn rumah. balik tu dia terus sambung tido. i laa duk minum air tu dengan hepiiii. anak yg ke 4, nak makan somtam. disbb masa tu harga somtam thai mahal sikit sbb i stay kat france masa tu. so i kena bajet 2 minggu sekali je p take away anak ke 5 pulak, bajet mahal sikit. nak makan sushi king. ades. so 2 minggu sekali je pegi sbb mahal. anak ke 6, i tade nak makan apa2 pun. sebab masa tu kena kontrol diet. gula tinggi. hilang mood nak makan sangat. alhamdulillah semua ok je. i xde la kena ambik insulin. just kontrol makan je. dan yg 7 ni pulak, pun sama. i xde rasa nak makan apa2. takde apa2 problem pregnant buat masa ni. alhamdulillah semuanya ok.

Baca lagi
3y ago

betul. asben ni jenis suka melayan nak makan apa especially time pregnant. peka sangat2 la. adakala siap tanya, ada nak makan apa2 tak kalau xpregnant, dia xambik kisah sangat. hehe.