Hai ibu2, saya perasan saya punya perangai dah lain dari dulu lepas bersalin. Kalau dulu bila saya marah satu2 benda atau bengan ke stress ke, saya akan tidur je. Bangun lepas tu ok dah. Tapi sekarang tidur dah tak boleh pakai. Sekarang selagi saya tak lepaskan geram kat benda2 lain selagi tu takkan hilanh. Contohnya baling barang kat dinding yg ada kesan mcm benda tu rosak ke atau ada bunyi yang kuat mcm pukul pintu ke apa2 ke. Saya tahu saya dah tak normal, mental saya ada something wrong. So mcm mana saya nak cari bantuan kesihatan ye? Kena buat appointment kat hospital ke gi kk ke macam mana ye? Setakat ni alhamdulillah saya tak pernha lepas geram kat baby. Saya sedar dan saya selalu ingatkan dlm hati saya apa2 jadi sekali pun jgn buat baby, baby taktau apa2, bagi rosak barang2 tak hidup takpe. Ckp kat husb tak guna. Saya dah cerita kat dia saya ni dah tak mcm dulu, dia ckp takyah fikir bukan2, yg duk fikir bukan2 tu la jadi betul2.