Tolong bantu

Hai ibu2 ... Nk tnya ada yg dlm ni penah dlm pjalanan jauh2 utk 3trimester 8 bln . Sbgai cth perak ke johor . Ada tak sikit2 komen yg bermanfaat

9 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Kalau nak berjalan jauh,, 1. Pakai compress socks. Untuk mengelakkan kaki ibu menjadi kejang. 2. Jangan pangku anak sepanjang perjalanan yang jauh. Sebab risiko pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan darah beku pada paru-paru. Kalau ada anak better letak anak pada carseat. 3. Setiap 2 jam, perlu berhenti rehat di R&R. Ibu perlu renggangkan badan dan banyakkan berjalan untuk pengaliran darah yang baik. Dan jika ada baby kecil keluarkan dari carseat dan renggangkan juga badan baby. samada dukung dia. 3. Bawa air masak dan sedikit makanan ringan berkhasiat untuk alas perut sepanjang perjalanan. 4. Jika mabuk kenderaan boleh beli ubat di farmasi. Kalau sy, sy makan ubat VELOXIN.

Baca lagi
TapFluencer

Saya dari kedah ke kelantan raya baru ni dgn hadap jemnya . You kena standby bantal letak belakang pinggang . Then bawah punggung incase tak selesa . Pillow neck wajib ada . Kerap berenti 45 minit atau 2 jam paling lama berada dalam kereta . Kalau lebih masa kita akan lebih sakit pinggang , braxton hicks . Tak selesa banyak untuk kita & baby . Bawa bekalan makanan or kudapan yg cukup , air sejuk atau kosong . Air manis 1 botol cukup . Kdg kita perlukan benda manis basahkan tekak . Pakaian pun cari yg selesa pakai dlm kereta . Seluar preggy or skirt yg loose pinggang . Then kipas , ibu pregnant cepat panas walaupun aircond sejuk .

Baca lagi
VIP Member

Saya seminggu lagi nak bersalin teman suami ambil kereta kerani dy dekat Perak. Kami pergi malam naik bas dan esok paginya pkul 7 gerak balik ke JB naik kereta. Yg utama kena tahu kemampuan diri. Kalau rasa mampu untuk tahan pinggang duduk seat kereta atau bas, maka pergi. Buat persedian: buku pink, stokin, baju tebal, selimut, bantal kecil (letak belakang pinggang), plastik untuk muntah, minyak angin untuk hidu dan sapu kat betis, roti atau makanan dan air masak. Baca doa lagi2 ayat Kursi sentiasa dalam perjalanan. Setiap perhentian kalau berhenti, sila pergi tandas 😂. Yang penting jangan banyak pikir takut teremosi.

Baca lagi

sy johor. suami perak. masa tukar nk blik kampung suami tu xdirect . brhenti cri hotel kt sremban rehat.. brhenti rnr pun bnyak kali. xlarat nk lama2 dlm keadaan duduk. sis standby bawa bantal untuk alas pinggang. buku pink jgn lupa bawa. kalau cpt lapar bawa kudap2 mcm kacang2/roti. standby air kosong/air susu ikut mana2 yg sis boleh minum. masa turun rnr tu regangkan bdn jalan slow2 skejap.

Baca lagi
TapFluencer

sy raya haritu kedah ke kl.. non stop.. sy lapik bantal kt belakang.. n bawah perut.. kerusi turunkan sikit jgn tegakkan.. selesa.. alhamdulillah.. kandungan sihat elok ☺️

tp bnyk kne berhenti la..klau x abis sakit n lenguh pinggang..kne kuar betulkan urat kaki.sy pernah gak jln jauh mmg xleh x benti mcm nk patah pinggang..krem lutut n kaki

Saya pon paling jauh kuantan ke terengganu. Wajib kene berhenti kejap kalau tak sakit belakang tu takleh cakap, tapi seronok bila berhenti asyik beli makanan jer 😂

VIP Member

Boleh je, nanti bawa bantal buat alas pinggang then selalu2 berhenti kt rnr utk buat stretching utk melancarkan pengaliran darah.

Saya haritu pi KL - Johor balik hari pon menangis dlm kereta balik nya. Tak tahan sakit pinggang 😂