Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar
Doktor, sy masuk minggu ke 31 ni saya oerasan kaki kanan saya seolah bengkok keluar (terbuka) , bermula dr lutut ke bawah. Saya mengalami sakit pinggul dan pinggang di sebelah kiri dr second trimester hingga sekarang. Tetapi kaki kanan sy pula nmpk mcm bengkok.
assalamualaikum dokter... saya kerap bersalin, last bersalin july 2019, n bakal bersalin september ni insyaAllah... n saya ada ank yg lahir pada tahun 2008,2009,2010,2011,2014,2015 &2016... mcm mne nak tahu,ade kah sihat utk pelvis saya terlalu kerap bersalin?
Waalaikumsalam, Hi Puan, jarak tahun yang sangat digalakkan untuk bersalin adalah selepas 2 tahun, kerana kebaikan kita menjarakkan tahun kelahiran (family planing) adalah untuk memastikan otot lantai pelvis puan, kawasan rahim bersedia dan pulih sepenuhnya untuk menampung kembali proses kelahiran seterusnya. Jika telah melahirkan anak setiap setahun sekali, saya sarankan puan dapatkan konsultasi dari Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita atau Doktor O&G untuk memastikan secara keseluruhan kesihatan pelvik puan dalam keadaan baik. Untuk masa sekarang apa yang boleh lakukan adalah dengan melakukan senaman kegel/kemut untuk menguatkan otot lantai pelvis dan memberi support yang baik kepada uterus.
assalamualaikum doctor, sebelum pregnant saya ada acl dan sehingga pregnant sekarang masih belum sembuh acl saya, jadi saya nak tahu adakah saya berisiko jika bersalin secara normal, dan doctor ada tak apa2 tips untuk saya amalkan, terima kasih 😉
Assalamualaikum doktor,, saya disahkan mengandung 12weeks perut sy besar seperi kandungan 5bln skrg ni,, doktor yg merawat sy kata semasa scan kemungkin sy ni ada fibroid, soalan saya adakah fibroid ini membahayakan diri saya dan kandungan saya?
Hai doktor, mengenai tangas. Adakah bagus jika selalu diamalkan untuk penjagaan rahim@vagina? Dan bagaimana dengan pengambilan produk wanita untuk kecantikan dalaman? Ada kata produk wanita boleh merisiko kesihatan kalau begitu kerap amalkan.
Hai puan, Bagi penggunaan jamu dan tangas untuk penjagaan rahim atau vagina merupakan alternatif dari cara traditional dan mungkin akan mempunyai kesannya yang tersendiri samada baik ataupun tidak. Namun begitu, vagina sebenarnya terdiri daripada otot lantai pelvis yang membantu untuk mengawalnya. JIka otot ini lemah, berkemungkinan akan terjadi masalah disfungsi otot pelvis seperti kurang kawalan kencing, jatuh organ pelvis dan kelonggaran otot vagina itu sendiri. Oleh itu, bagi menguatkan kembali otot lantai pelvis ini adalah dengan melakukan senaman Kegel tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang betul. Senaman Kegel ini sudah terbukti keberkesanan dan tiada kesan buruk.
salam doktor . saya nak tanya mengenai keputihan sesama mengandung . normal atau tak keputihan seperti susu basi pastu dia gatal sangat . dan ada merah2 dibahagian bibir . saya tengah mengandung 9 minggu . mohon penjelasan doktor .
Hai doktor, mengenai tangas. Adakah bagus jika selalu diamalkan untuk penjagaan rahim@vagina? Dan bagaimana dengan pengambilan produk@jamu untuk dalaman?Ada kata yang lebih pengalaman produk@jamu wanita boleh merosakkan buah pinggang.
Hai puan, Bagi penggunaan jamu dan tangas untuk penjagaan rahim atau vagina merupakan alternatif dari cara traditional dan mungkin akan mempunyai kesannya yang tersendiri samada baik ataupun tidak. Namun begitu, vagina sebenarnya terdiri daripada otot lantai pelvis yang membantu untuk mengawalnya. JIka otot ini lemah, berkemungkinan akan terjadi masalah disfungsi otot pelvis seperti kurang kawalan kencing, jatuh organ pelvis dan kelonggaran otot vagina itu sendiri. Oleh itu, bagi menguatkan kembali otot lantai pelvis ini adalah dengan melakukan senaman Kegel tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang betul. Senaman Kegel ini sudah terbukti keberkesanan dan tiada kesan buruk.
Assalamualaikum doc, sya baru jer lepas bersalin, normalkh masih keluar darah. Keluar sikit2 warna merah terang. Dan d dlm alat sulit sya ada ketulan blt sebesar 2cm lbh macam tu... Bahaya x doc? Sya cukup risau
Assalamualaikum doktor, saya nak tanya, normal ke sakit bila nak buang air besar lepas bersalin dan dalam tempoh berpantang ? Kalau iya, adakah di sebabkan otot pelvik lemah selepas bersalin? Terima kasih
Okay, terima kasih 🤗
Sakit belakang selepas melahirkan anak yg last. 3rd czer. Masa tdo, Suami selalu urutkan tapi bangun masig rasa sakit. Macam mana kaedah utk mengurangkan atau menghilangkan sakit tulang belakang
Hi Puan, Untuk masalah sakit tulang belakang ini, saya sarankan Puan untuk melakukan senama lantai pelvik (Kegel exercise) atau juga dikenali sebagai kemut. Selain itu, Puan juga boleh membuat senaman lain untuk menguatkan otot tulang belakang seperti "Bridging exercise" dan "Cat and Camel exercise". Tidak lupa juga pada senaman regangan untuk mengurangkan rasa sakit belakang Puan.
Mother to my dear baby girl