Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum dokter... saya kerap bersalin, last bersalin july 2019, n bakal bersalin september ni insyaAllah... n saya ada ank yg lahir pada tahun 2008,2009,2010,2011,2014,2015 &2016... mcm mne nak tahu,ade kah sihat utk pelvis saya terlalu kerap bersalin?

6y ago

Waalaikumsalam, Hi Puan, jarak tahun yang sangat digalakkan untuk bersalin adalah selepas 2 tahun, kerana kebaikan kita menjarakkan tahun kelahiran (family planing) adalah untuk memastikan otot lantai pelvis puan, kawasan rahim bersedia dan pulih sepenuhnya untuk menampung kembali proses kelahiran seterusnya. Jika telah melahirkan anak setiap setahun sekali, saya sarankan puan dapatkan konsultasi dari Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita atau Doktor O&G untuk memastikan secara keseluruhan kesihatan pelvik puan dalam keadaan baik. Untuk masa sekarang apa yang boleh lakukan adalah dengan melakukan senaman kegel/kemut untuk menguatkan otot lantai pelvis dan memberi support yang baik kepada uterus.