Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai doktor, mengenai tangas. Adakah bagus jika selalu diamalkan untuk penjagaan rahim@vagina? Dan bagaimana dengan pengambilan produk wanita untuk kecantikan dalaman? Ada kata produk wanita boleh merisiko kesihatan kalau begitu kerap amalkan.

6y ago

Hai puan, Bagi penggunaan jamu dan tangas untuk penjagaan rahim atau vagina merupakan alternatif dari cara traditional dan mungkin akan mempunyai kesannya yang tersendiri samada baik ataupun tidak. Namun begitu, vagina sebenarnya terdiri daripada otot lantai pelvis yang membantu untuk mengawalnya. JIka otot ini lemah, berkemungkinan akan terjadi masalah disfungsi otot pelvis seperti kurang kawalan kencing, jatuh organ pelvis dan kelonggaran otot vagina itu sendiri. Oleh itu, bagi menguatkan kembali otot lantai pelvis ini adalah dengan melakukan senaman Kegel tetapi haruslah dilakukan dengan cara yang betul. Senaman Kegel ini sudah terbukti keberkesanan dan tiada kesan buruk.