Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita

Hai ibu yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai Kesihatan Pelvik Wanita! Kami pasti anda semua mempunyai pelbagai soalan dan pertanyaan mengenainya memandangkan perkara ini sangat lazin di kalangan wanita. Aleeza Hanee Bt Alyakallam adalah Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Khamis, 12 Mac 2020 jam 11 pagi Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan kesihatan pelvik wanita sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepqs pukul 11 berkemungkinan besar tidak akan dijawab. Terima kasih. #SesiTanyaPakar Sesi Tanya Pakar

Sesi Tanya Pakar Bersama Aleeza Hanee, Pakar Fisioterapi Kesihatan Wanita
54 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Sakit belakang selepas melahirkan anak yg last. 3rd czer. Masa tdo, Suami selalu urutkan tapi bangun masig rasa sakit. Macam mana kaedah utk mengurangkan atau menghilangkan sakit tulang belakang

6y ago

Hi Puan, Untuk masalah sakit tulang belakang ini, saya sarankan Puan untuk melakukan senama lantai pelvik (Kegel exercise) atau juga dikenali sebagai kemut. Selain itu, Puan juga boleh membuat senaman lain untuk menguatkan otot tulang belakang seperti "Bridging exercise" dan "Cat and Camel exercise". Tidak lupa juga pada senaman regangan untuk mengurangkan rasa sakit belakang Puan.